Tuesday, November 3, 2015

Chicken Chop Homemade Lagi

Assalamualaikum...

Badan mamai melayan dua hero yang demam dan merengek meragam ... Haaa mengamuk jugak. Grrr..

Siang tadi makan kari ayam lebih semalam saja, bila petang mula terintai-intai apa yang ada untuk di jadikan juadah suami dan anak-anak.

Ternampak peha ayam untuk buat chicken chop yang suami beli ahad lepas. Apa lagi... Tu saja lah yang LM olah untuk juadah dinner kami.

Tak guna resepi dari chef hebat pun. Cuma godek-godek apa yang ada saja di dapur kami. 

Potato wedges yang siap digoreng. Tak buat kentang putar sebab tak sempat dan rasa macam "eh berapa banyak kau nak makan karbo ek?" Maka makan saja lah potato wedges tu saja.

Sos lada hitam

Bahan:
Sebiji bawang kuning dipotong dada 
Butter untuk menumis(11/2 sudu)
Sedikit tepung gandum(11/2 sudu besar)
Kuib pati ayam(1/2 kiub)
Dua sudu besar lada hitam( kisar)
Kicap manis
Kicap masin
Air

Cara: tumiskan bawang hingga naik bau, masukkan lada hitam, air, kicap, pati ayam(1/2 kiub)..masukkan tepung untuk memekatkan kuah. Masak hingga kuah elok pekat. Jika kurang masin boleh tambah sikit garam. 


Coleslow air tangan kakak maisarah.

Bahan:

Carrot sebatang
Kobis 1/2 biji
Bawang besar 1/4 biji hiris halus
Serbuk lada hitam 
Susu segar 1/3 cawan(tak letak pun takpe)
Sikit garam
Sikit gula
Mayonis 

Campurkan parutan carrot dan kobis dengan semua bahan dan biarkan sejuk. Jika tak suka cair berair tak perlu letak susu. Tapi rasa susu tu yg best..


Nampak pelik takda kentang putar.. Biasanya ada.. Dan nampak aneh pula guna wedges biasa kami guna french fries..

Ye tak ye juga.. Kalau kat kedai ada tomato, timun, ada bun. Tapi kalau letak timun anak tak makan pun. Tomato? Rumah ni ayah sorang je makan tomato.. Ehehe.. Tak hairan la pinggan ni nampak kosong.


Apa pun anak2 dan suami tak komplen apa pun. Alhamdulillah semua makan dengan hepi tak banyak cerita. 

Lapan keping ayam selesai.. Jenuh juga nak goreng tadi.

Ayam tu biasanya LM salut dengan serbuk roti yang dicampur sedikit tepung kfc. Kalau tak suka boleh pakai serbuk roti saja. 




www.tips-fb.com

5 comments:

deno said...Reply To This Comment

AUmmm bestnya!! Kalau la deno pandai masak... Ingat pula masa kita jumpa dulu kak... akak siap masakkan buat biskut raya untuk deno... akak baik sangat, sampai sekarang pun kita masih contact... Lahaiii rindu betul nak jumpa kak lydia lagi... hugssss

cik hani said...Reply To This Comment

Homemade chicken chop..wow.. blh try ni. Bahan2 pun simple

Hanis Azla said...Reply To This Comment

As-salam LM..

Aduhai.. sedapnya.. telan liur akak tengok.. he..he..

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Takde timun tomato sume pon dah nampak sedap hidangan dalam pinggan tu...sempat gak masak walau pon hero2 dok meragam...kalau akak memang suh cik.boss bungkus jelah ape2 untuk makan...kikiki

Kira Sakura said...Reply To This Comment

yang ni pun dah kecur ailio dah ni kak oiiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...