Tuesday, November 10, 2015

Cuti Deepavali

Salam..

Cuti deepavali gi mana?
Nak jalan jauh pun tak boleh sebab esok sekolah agama, setakat cuti panjang sekolah kebangsaan memang tak membawa erti bahagia pun.. Uhuk:(

Maka hari ni macam biasa pagi keluar sarapan dan lepas tu meronda dari satu kedai ke satu kedai kasut belikan kasut baru untuk acha, ad dan kakak untuk makan angin minggu depan. 

Hai la anak.. Agaknya kasut raya tu dorang geget ke? Kejap je jahanamnya. Nak jalan kena beli lagi. Hurmm..


Sibuk abang kakak test kasut, buat pilihan.. Bincang nak yang mana. Si adik elok je tido. Tak terkesan langsung. Hihi.

Kasut adik dah sempit. Pakai raya dua tiga kali je dah tak boleh sarung. Tapi adik tak kisah pun sebab adik belum jalan memang tak pakai kasut pun. Rugi pulak beli mahal2 pakai kejap je nanti. Tunggu dah reti jalan baru ummi hadiahkan kasut ye dik.. 

Lepas membeli terus ke giant dan lepas tu ke cyberjaya jalan-jalan cari makan sumbat perut yang dah bergurindam. Macam biasa anak-anak nak gi makan mee tarik. 

Kenyang perut suka hati.. Balik terus semua lepak.. 
www.tips-fb.com

1 comments:

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Akak tak keluar mana2 pon cuti deepavali kali ni dik...duk rumah je masak2 dan makan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...