Thursday, November 26, 2015

Cuti Sekolah Ni...

Assalamualaikum..

Cuti sekolah ni..memang meriah sangat rumah, kejap ketawa. Sekejap lagi orang ni gaduh dengan orang ni. Kejap lagi bertumbuk pula yang ni dengan yang itu. Jap lagi yang itu mendengki yang ini pula.. 

Cuti sekolah ni..
Musim tengkujuh. Maka kain semua pasti menimbun payah nak kering. Kadang kala hujan mencurah-curah dari pagi sampai ke malam. Bila nampak mentari lelaju suruh anak sidai kain bila baby bergayut kat kaki ummi takmo lepas. 

Bila anak jawab jap lagi atau 'busy' bergurau senda adik beradik...

Apa pilihan?
a)bebel
b)marah
c)ugut takmo beli itu ini
d)nasihat bla bla bla(nasihat pun macam bebel kan?)

Aku pilih E(tiada satu pun dari jawapan di atas)

Angkat bakul terus sidai sendiri. Letih oi nak bebel ke nak marah ke. Anak ni ada gak time dia malas. 

TAPI!!!

Bila kita angkut bakul terus sidai baju mencicit dorang sama ikut sidai. Haha..

Dorang tau dah bila ummi yang buat sah sah ummi bengang. Sah sah hati ummi panas. 

Sakit dada lah nak marah ke nak bebel ke... Tak kuasa la nak memukul ke mencubit ke.. Hepi-hepi sudah. Anak-anak ni kalau dibebel dia pun bosan. Kalau dia tengok kita buat setelah minta tolong dengan dia pasti dia kesian dan rasa bersalah. 

Tu cara LM la.. Sebab LM ni memang sakit dada kalau marah-marah. Awak tak buat ummi boleh je buat. Tapi mesti laju dorang ikut buat pastu sebab tau muka ummi dah ketat tanda mereka ada buat salah. Hihihi

4 hero besar.. Baby pula makin lasak. Memang kena sabar banyak-banyak time cuti ni. Cuti kot... Kenalah ada mood hepi. Kalai asik kena bebel kena marah tak bermakna pula cuti nya kan?

Ahad ni dah nak hantar si abang ke kem selama SEBULAN. Maka sehari dua ni sajalah peluang dia nak hepi2.. 
www.tips-fb.com

2 comments:

Yana Libra said...Reply To This Comment

bagusnya :)

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kan kak. letih nak membebel marah2 tapi uwais tengah sekarang ni rajin tolong ummi tolak bakul kain masukkan dalam mesin hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...