Monday, November 16, 2015

Day 2 Cuti- Cuti Singapore

Assalamualaikum..

Hari kedua di singapore.. Ahaaa lepas lunch anak- anak dua yang kecik atas baby ni asik la 'berzikir' tanya bila nak ke swimming pool. Dia tak nampak ke hujan lebat kat luar tu? Grrr

Dah buatkan air... Sumbat bagi makan tak juga senyap, baby pula seronok bantai menyusu lepas tu tido. Nyusu lagi pastu sambung tido.. Pastu susu lagi. Kering nak oi ummi rasa badan ummi dah ni . Tekak asik haus je sebab dia menyusu tak henti-henti. Nak peluk je.. Sejuk kot.. 

Lepas azan asar je terus bawa mereka turun. Masa kak zakie call bagi tau johor(JB) banjir anak semua dah bersiap-siap..Amboiii. Lepas je asar terus turun. Kak zakie ingat kami balik hari ni dia takut kami sangkut banjir.. Harapnya keadaan kembali pulih la bila kami nak balik nanti.. Lama lagi kan..



Punya lah dia berzikir nak mandi kolam tup tup bila turun dia takmo masuk kolam. Dia kata takut la.. Itu la nak kencing la nak ini la.. Nak abang pegang la.. Takmo pelampung la.. 

Dah letih bawa kencing kejap nak tangga sana kejap nak tangga sini.. Akhirnya LM pial telinga dia. Haha dah la dia merepek nak itu ini tu bergema-gema suara nangis, kena pial telinga terus macam pakai speaker 15 bijik. Kuat giler suara dia. Takda orang pun.. Kami je kat situ.. Lantak la ko nak nangis merepek meraban situ. 

Tak larat nak pujuk.. LM pandang je dia duduk merajuk tepi kolam tu. 

Akhirnya LM kata acha hebat swimming kaki camtu.. Siap tepuk tangan lagi jemaah dengan baby. Puji acha melambung2. Dia ni tak boleh bab puji2 ni. Terus dia masuk kolam.. Sama-sama swimming gaya cam acha. 

Haha dah agak dah.. Memang dia terbakar kalau dengar LM puji orang lain. 


"Ummi ambik la gambar apit" cehh geram lak dengar ayat dia. Dah okey dia mandi cam kuda laut.. Terhangguk2 kepala syok berenang. Kita la telan ailio tengok dia mandi. 

20 minit okey dia meraung serba tak kena tu.. Haish . Masuk je bilik terus suruh dia mandi. Lepas mandi bagi acha makan tak sempat panaskan nasi ayah dah balik. Ayah pun ngap je nasi sejuk tu. LM terus suap syafiq pula makan. Mesti lapar sebab swimming dan meraung 20 minit tadi. Kikiki.. Kejap je pastu tengok dia dah terlelap.

Lepas makan terus kemas2 barang pindah bilik. Ayah minta tukar bilik level bawah mudah nak gi pool katanya. LM dah sentap malas nak kemas barang.. Ayah la rajin cuci pinggan bagai kemas beg nak pindah bilik. Barang dah la banyak.. Bercinta la nak punggah semula kosongkan kabinet dan peti sejuk. Tu pun stok susu, crabstick bagai banyak yang tinggal .. Mujur dorang bagi tau ada barang tinggal. Haish

Lepas kemas barang, ayah ajak keluar terus la LM kata nehi nehi.. Tak larat. Ayah je lah keluar dengan dua hero dia. Dapat cari ayam halal buat laui esok cukup la. kalau tak.. Telur dengan kobis je lah lauk kita ye anak2..

Bilik level bawah, mudah la LM tengok anak mandi kolam kat tepi tingkap je. Berjam duduk kat swimming pool sian baby merengek tak selesa.

Esok baru selasa.. Pastu rabu, khamis., eh lama lagi baru balik.. Tak sabar nak jalan, nak sopink dan nak bantal bucuk, selimut dan tilam sendiri. 

www.tips-fb.com

1 comments:

Kira Sakura said...Reply To This Comment

ohhhh merajuk ke yang duduk hujung kolam tu? hihihihi comel la syafiq ni

lepas ni agaknya ada tak sebulan dorg tak berzikir mandi kolam? dah mandi kolam setiap hari pagi petang hihihihi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...