Tuesday, November 24, 2015

Hadiah

Assalamualaikum..

Hadiah..
Kadang kala apabila ada sesuatu tarikh istimewa kita tak mengharap hadiah. Apa yang penting ucapan dan doa dari insan yang kita sayang sudah memadai. 

Namun, bila tiba-tiba dirai dan diberi hadiah pasti kita rasa diri amat dihargai.

Benarlah yang dikata bahawa rezeki itu datang dalam pelbagai sudut, bukan hanya pada duit tapi dari segi kesihatan, kasih sayang, harta benda malah kesihatan.

Pucuk dicita ulam mendatang... Alhamdulillah.. Tak sangka tiba-tiba dapat hadiah jam pada tarikh teramat di hari ulang tahun kelahiran.

Pada awalnya LM menolak bila suami suruh pilih jam pink tu sebab hadiah jam masa birthday dulu masih elok lagi. Kalau tak silap masa birthday lepas apit lahir 4 tahun lepas kot.. Eh ke.. Sebelum hamilkan dia? Entah la..

Jam putih dulu tu berjasa lama dah dan masih utuh, berbaloi dengan nilainya harganya alhamdulillah. Tapi agaknya bila LM pernah sebut nak beli G-Shock  pink tu yang disuruh pilih jam ni kot? G-Shock besar sangat tak sesuai dengan perempuan kata incek suami.. Takpelah.. Janji pink. Tetap jadi pujaan hati. Kalau berjubah boleh pakai jam putih tu lebih kasual. Tukar-tukar pakai.. Orang memberi kita menerima . Syukur alhamdulillah.. Moga dilimpahi rezeki buat suami. Amin


Eh.. Kenapa dua?

Hihi anak dara sunti tu pun sapat hadiah sempena result UPSR dia. Tq ayah.. Amboi rasa cam ngeri nak bagi budak tu pakai gi sekolah jam tu. kena ingatkan selalu agar tak tinggal merata. Kalau tercicir sah-sah kena sambar tu. 

Si kakak punya ada waranti bateri dan motor setahun, LM punya ada waranti motor saja setahun..

Dah tua pun nak jam pink?
Ikut korang la nak kata apa. 34 tahun ramai je lagi yang tak kawen dan rasa muda. Anak aku dah ramai tak bererti aku tak boleh nak pakai pink lagi. Bukan duit orang lain pun.. Lalala.. Pedulik apa orang nak kata. Bukan kita cucuk lobang hidung orang pun.


www.tips-fb.com

3 comments:

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Mak ada beberapa jam tangan yang dihadiahkan, tapi sebenarnya dah lama mak tak pakai jam sebab selalu tengok waktu di telefon bimbit... :)

Diana Rashid said...Reply To This Comment

suka hati kita la..kan?/ada orang pernah komplain sebab beg saya warna pink..alah..macam guna duit dia..heheh

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Pompuan dgn kaler pink memang cantik sangat dah tu dik...kadang tu akak tengok lelaki macho2 pon besepah pakai kaler pink...ape kesss?? :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...