Wednesday, November 4, 2015

Hanya Kami Berdua

Assalamualaikum..

Hanya Kami Berdua. Ummi dan baby.

Apit pun dah ke sekolah hari ni memandangkan batuknya dah makin pulih. Sedikit payah nak pujuk bangun, gatal badan la, itu la ini la.. Batuk la.. Haha drama air mata la kejap. Macam biasa ummi dia dengan muka garang tak layan pun adegan drama tu. dia ni kalau layan memang sah tak ke sekolah la jawabnya.

Menu breakfast dan bekal anak2 hari ni mee goreng. Walau si baby tak lena tido asik nak menyusu sepanjang malam ku gagahkan diri menggoreng di pagi hari. Takda lah awal sangat, sebelum azan tu dah minta suami kejutkan anak-anak.. LM golek lagi sambil menyusukan baby bagi upah dulu. 5.55 pagi baru mula nak rendam cili akibat stok cili kisar dah habis.. Baru terkial-kial nak kuoas bawang, arghh memang benci kupas bawang time pagi. Rasa lambatnya nak siap. Haha

Syukur 6.20 siap anak semua dah sarapan, dah siap masuk bekal dalam tupperware . Dah sejuk sebab bukak kipas lelaju nak bagi cepat sejuk sebelum ditutup.. Ekeke

Kalau roti boleh la makan depan pagar, ni mee goreng takkan nak angkut pinggan ke luar, tak kuasa LM nak kutip pinggan kotor. 

Maka tinggalla ummi berdua saja dengan baby. Mujur ayah gi opis pukul 9 lebih tiap hari, tak la kami sunyi sangat sebab si abang balik dari sekolah agama pukul 10 lebih. Pukul 12 baru naik bas ke sekolah kebangsaan dan 12.30 pula apit dah balik.. Anak ada meriah la sikit rumah. 

Ahaaa anak lima pun rasa sunyi. Camne tu? Mujur si kakak cuti sekolah agama minggu ni sebab budak kecik exam. Ada la kawan gaduh.. Ehehe

Baby ariz makin lasak,memang tak boleh tinggal langsung takut dia jatuh. Dah la penyakit merengek lepas demam tu tak abis lagi. Ops demam nk keluar gigi rupanya. Dah ada dua batang gigi bawah di usia 8 bulan. Lambatnya lahai.. Si kakak sulung dulu 4 bln lebih dah ada gigi. Abang pun camtu jugak.. Ehehe

Nota kaki: sebelum sarapan timbang.. Pastu senyum. Eh rasa lapar sedapnya makan mee goreng dan telur mata. Agak2 kalau timbang sekarang berapa berat ye? Ehehe..

Kenapa nak kurus?
-tumit LM sakit bila berat lebih dari 54 kg(target 52kg dgn tinggi 158cm)
-sebab bila pakai jubah atau blouse A cut akan nampak lagi gemok makanya kena lagi kurus biar tak sakit telinga dengar org tegur gemuk dah kau sekarang. Cehh kau tengok aku pakai baju beso memang la .. Aumm rasa nak cepuk je mulut orang.

Ops memang gemok pun sebab masih 56-57 kg takmo kurang dari tu. sobss




www.tips-fb.com

3 comments:

cik hani said...Reply To This Comment

Saya bila naik berat badan akan menjadi mengah bila berjalan, tidur akan berbuyi dengkuran kecil macam kepenatan, pastu nak meniarap jadi sesak nafas.

Tu petanda saya nak kena turun berat badan

Kakzakie said...Reply To This Comment

Semuanya masih perlukan pemantauan walau terkejar-kejar tapi ada seronoknya kan. Kelak bila semua dah besar laaagilah sunyi sebab masing-masing dah buat sendiri. Kita tengok aje...

Kira Sakura said...Reply To This Comment

go kak lydia go. insyaAllah mesti boleh punya tu haaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...