Monday, November 16, 2015

Holiday Di Singapura-Day 1(perjalanan)

Assalamualaikum...

Semalam(ahad) hari yang meletihkan. Seawal pukul 8 pagi kamidah gerak keluar hantar kakak sulung interview sekolah di kajang. Dia habis dekat tengah hari juga... Kesian baby keletihan merengek2 tunggu kakak.. Ummi pun moody la jugak naik patah pinggang tunggu kakak lama dengan baby mengamuk takmo menyusu sebab orang ramai kat situ. 

Lepas kakak habis terus kami gerak menuju ke destinasi utama .... Ke mana kita? Haaaa pertama kali ke negara jiran, SINGAPURA!!!

Kenapa cuti awal?
Kebetulan si ayah ada urusan di sini maka kami tumpang 2 kaki join sama. Ye lah dengan nilai RM kita sekarang ni kalau suka-suka nak datang kota singa ni tanpa sebab memang takda la..

Singgah melaka dulu.. Isi minyak, isi perut.. Cari barang sikit ..

Highway jammed teruk dah la hujan sangat lebat:(




Bersusun kereta nak masuk ke kota singa.. 

 Di border... 

Alhamdulillah sekitar jam lapan malam kami selamat sampai di hotel. Letih...

Kesilapan besar kami adalah tak bungkus makanan untuk dinner sebelum masuk ke sini. Maka terpaksa keluar semula mencari sesuap nasi. Kami jalan kaki saja , payah nak cari parking kalau bawa kereta. 

Best ke singapura?
Tak tau nak kata sebab belum jalan lagi... Hihi apa yang LM perasan kat sini bersih dan tandas takda paip.. Huhu kena ankyt botol air untuk beristinjak okey!!

www.tips-fb.com

3 comments:

cik hani said...Reply To This Comment

nanti boleh story pasal jalan2 kat sana pulak..

Kakzakie said...Reply To This Comment

Alhamdulillah... dah sampai dah ye.
Ikut Tuas ke ikut Woodland semalam?

Kira Sakura said...Reply To This Comment

sama la kami. balik ipoh balik penang bila nadh ada keja dekat sana. boleh la tumpang duit minyak duit tol tu. jimat la sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...