Sunday, November 29, 2015

Kem Motivasi Di Madrasah Tahfiz

Assalamualaikum..

Sampai juga hari yang amat menakutkan hati ini. Perpisahan... Ye LM amat benci akan perpisahan namun demi kebaikan bersama hati ni relakan ia berlaku

SEBULAN... 
Dengar pun dah mula tergamam bila si ayah kata nak hantar kem tu sebulan. Tapi bila memikirkan selain belajar menghafaz al quran ada juga latihan asas berpidato, latihan menuju ke arah anak soleh, ada macam-macam lagi selain memperbetulkan solat dan bacaan solat rasanya ia amat perlu untuk putera sulung kami ni.


Kami perlu keluar awal sebab perjalanan ke maahad tahfiz ni makan masa dua jam lebih dari rumah. 

Sebelum gerak kami singgah sarapan dulu. Suap baby bubur juga sementara yang lain sarapan.


Kami sampai pukul 10 lebih.Si ayah yang pasangkan cadar dan pindahkan semua barang keluar dari beg. Dia masih blur lagi. 


Lepas siapkan keperluan dia kami terus gerak balik menuju ke sekolah yang kakak nak interview untuk tingkatan satu. Kakak yang mana? Kakak maisarah, kakak sulung. Bukan aqilah marsya.. Ramai yang keliru antara acha dan kakak sulung. Hehehe

Dua jam lebih perjalanan amat meletihkan layan baby dalam kereta. Tapi bila baby tido ummi pun zzzz sama. Ehehe.

Dalam pukul 1 lebih baru sampai. Mujur tak tunggu lama sangat. Terus dapat keputusan. Alhamdulillah sekolah keempat kakak interview, syukur dapat. tak perlu fikir pasal sekolah dia dah..sepatutnya 12 hb ni ada lagi satu interview, tak yah gi la sebab sekolah ni dekat la juga dan bangunan baru dua tahun kalau tak silap. 

Keputusan sekolah lain tak dapat pun lagi, kalau yang dah bayar deposit tu dapat kira burn la duit kami tu. huhu


www.tips-fb.com

4 comments:

Sheila Adziz said...Reply To This Comment

Allhamdulillah... semoga menjadi abdi Allah yg sejati dan khalifah Allah.... berjaya dunia akhirat yer:)

Unknown said...Reply To This Comment

Maahaf tahfiz tu di mane ye lm? Mcm menarik pengisiannyer..

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Alhamdulillah...moga anak2 adik berjaya dunia akhirat

Kira Sakura said...Reply To This Comment

moga adik Ad baik2 je di sana dan ummi pun baik2 dekat rumah tu ehehehehe. sebulan tu tempoh yang agak baik la kak. cukup tempoh masa untuk dia belajar asas semua tu kan. kalau setakat dua minggu risau dorang letih terkejar sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...