Monday, November 30, 2015

Kuih Tiram@Lidah Buaya

Assalamualaikum...

Angin kus kus dah mari. Ye lah angin ribut hujan lebat membasahi bumi. Astro sah la tak boleh pakai. Nak tukar open box sah la tak tau sebab dah cabut semua. Nak buka hiptv pun x reti sebab biasanya adik ad yang tukarkan... Sobss sian ummi, sebulan lah jadik gini sampai adik ad balik dari kem


Sebab takda apa nak buat maka LM buat kuih tiram aka lidah buaya. Eh ke lidah kucing? Entah laaaa


Buat sikit je dapat juga dua balang setengah kot balang cloud nine tu. 

Tu acha yang sadur, mak aii banyaknya gula. Nak makan kena ketuk-ketuk. Ngeri ummi. 

Bertahun tak buat kuih ni. Dulu pernah buat sekali masa hamilkan syafiq lepas tu bila ada yang jual saiz sejengkal LM beli je. Beli kan sedappp haha..agak murah dia jual 30 keping QR10 masa tu. apa ada hal takat 10 hengget kan? Anak dua yang reti makan, acha kecik lagi masa tu.

Sekarang ni baru lah nak buat semula sebab takda orang buatkan. Kalau ada orang buatkan kita bayar je kan? Ekeke pemalas sungguh laaa

Macam biasa, bila buat kuih remeh yang kena canai dan duk tepi kuali ni pasti ada drama air mata. Si baby memang meraung nak ummi.

Maka ummi kena lelaju gulung dan potong. Kakak maisarah canai, ummi goreng sambil dukung baby. Kadang2 kakak tolong goreng. Acha tolong sadur dan simpan dalam bekas. 

Fuhhh tak boleh berniaga ni. Berjurai peluh buat 1/2kg pun. Hehehe


www.tips-fb.com

2 comments:

Kira Sakura said...Reply To This Comment

lidah buaya kak. lidah kucing yang kaler warna warni tu kan. tapi mujur la ada dua lagi assistant tu. sekurangnya kurang la sikit drama air mata baby ariz hihihihihi

Mummydearie said...Reply To This Comment

Lidah kucing pun ada juga ke? Barulah saya tahu. Hahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...