Tuesday, November 3, 2015

Kunjungan Sahabat Blogger Dari Utara

Assalamualaikum..

Alhamdulillah semalam LM menerima Kunjungan Sahabat Blogger Dari Utara

Sejak menaip di blog usang ni tahun 2009 kami bersahabat. Dari alam maya kami bertentang mata tahun 20012. Berkali-kali jumpa ...dah mesra dengan keluarga adik beradik mak ayah beliau juga..


Tak sempat snap pic sangat pun. Berborak je.. Ni pun curik gambar dari fb beliau..

Disebabkan dua hero demam kalut la sikit. Plan nak masak nasi ayam tak kesampaian. Maka kita masak saja apa yang ada di rumah. Menu paling simple. Kari ayam campur kentang, sayur bayam petik tepi rumah, sayur bendi celur petik tepi rumah cicah sambal kicap, buah tembikai hasil sambar di pasar tani MARDI rm10 tiga biji aritu.. 

Lupa nak masak sambal udang, kalut anak merengek menangis berganti-ganti dua orang tu. konon nak masak kek pun tak sempat. Plan nak goreng ikan masin bulu ayam pun terlupa.. Haha


Paling sadis beliau order pizza dan roti sosej tak sempat nak buat sebab anak memang meragam. Bila LM kata tak sempat dia ingat LM bergurau.. Ehehe


Syukur baby tak merengek sangat petang tu. apit pun kurang menangis. Maka LM uli lah roti sosej.. Tak sampai hati nak kecewakan kakakecik ni ha..

Dah siap buat baru berani bagi tau suruh ambil. Mereka sewa homestay di putrajaya sebab hari ni (selasa) adik kakakecik ada majlis konvo. Katanya roti ni mereka nak makan masa menanti konvo tu tamat.

Syukur mampu juga siapkan roti untuk kakakecik adish shida. Walau tak lawa sebab masuk papercup tak nampak bentuk bunga dia tetap gembira elok lembut katanya. LM hadiahkan saja roti tu tanda persahabatan kami. Ye lah tak pernah lagi bagi dia rasa roti hasil air tangan LM.

Persahabatan kami walau jauh beribu batu hanya Allah yang tahu keikhlasan kami.. 





www.tips-fb.com

6 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Bila ada tetamu datang sebenarnya dia telah membawa rezeki buat kita. Itu kita tak nampak. Rezeki dpt eratkan ukhuwah, rezeki dpt membuat pahala, rezeki dpt bersedekah... syukurlah.

Bila pulak kakak boleh dpt rasa roti & pizza airtangan LM agaknya:)

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Alhamdulliah LM..semoga berkekalan persahabatanmya

Diana Rashid said...Reply To This Comment

kalau kita jumpa nanti saya nak pizza, donut. roti sosej, bla..bla..bla...hahahha...gurau je..

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Gambo atas sekali tetamu yg belah kanan pakai tudung kelabu tu sebiji cam kenalan fb akak...nama kenalan akak tu noorshida baharudin kalau tak silap...untung la sapa jadi tetamu macam2 hidangan dah tersedia...

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

Assalamualaikum awak...terima kasih tau sudi jemput kami sekeluarga lunch aritu, masa dalam perjalanan dapat msj awak terus bagitau family..dan riso jugak kami lewat sampai nanti awak tertunggu2 dengan anak2 yang demam.

sobsobs memang ingat awak gurau bila bagitau roti tak buat tu..time g dapur nak basuh pinggan ushya2 oven memang xde roti nya...tup2 awal malam awak msj gtau suruh dtg amik terus senyum..terima kasih sekali lagi awak buatkan roti sosej tu...elok2 habis time balik sampai kan dik ilah tanya ada x lagi roti mcm awak wat di ukm tu..huhuhu.

awak saya sekluarga harap ukhwah antara kita berkekalan..seronok tgok family sy mesra serasi dengan awak..anak2 pun mcm tu mesra je kan..

salam sayang dari kami sekluarga..datang utara habaq tau boleh singgah. :)

Kira Sakura said...Reply To This Comment

dtang utara nanti rojer2 tau, boleh ktorg pulak sambut akak sekeluarga :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...