Monday, November 23, 2015

Kurang Rehat

Salam..

Kerja menimbun..
Alhamdulillah kami selamat sampai ke teratak kami hampir jam 12 tengah malam tadi. Intai kucing, intai ikan.. Angkut barang keluar kereta terus zzzz

Bila dah lama tinggalkan rumah memang rasa ngeri tengok rumah. Kerja pun menimbun. Ye lah sebelum pergi LM ada cuci baju siap angkut ampaian bawa masuk rumah, bila dah kering sah la delat dia bakul. Baju yang perlu di cuci lagi amatlah banyak:(

Tu pun tadi rasa macam tak mampu nak bangun, kurang rehat pun ye juga. Bila berjalan baby ariz melekap dengan LM. Takmo dengan abang dan kakak dia. Memang rasa urat macam nak jam pun ada. Lenguh semacam. Paling best sebarang vitamin tidak ditelan sepanjang percutian ke singapore hari tu.. Weeee terbaik! Sekarang dah dapat selesema. Huhu

Nak kata tak sedap badan sebab tukar angin tak juga sebab singapore tu seberang je dari johor tu. tapi kat sana tak panas terik berbanding kat sini kot. Semalam terjerit2 la jugak baby ariz kat rumah mertua bila tengah hari. Mak dia pun macam cacing kepanasan anak dia lagi lag macam apa menggelepar tak tahan panas.

Dah biasa cuaca hujan mendung kat singapore tup tup balik negeri sembukab panas berdenting terus rasa nak pitam. Orang ada eczema je tau camne rasa berdepan dengan cuaca panas .. Sobsss nasib kita lah baby.


www.tips-fb.com

1 comments:

Yana Libra said...Reply To This Comment

sabarlah ye..rehat dulu, pastu baru buat kerja tu semua :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...