Thursday, November 19, 2015

Lempeng Kosong -Masak Guna Rice Cooker?

Salam..

Hari ke lima di singapore. Ahaaa disebab kan stok tepung tak berusik, baik kita kerjakan agar tak la berat nak usung bawa balik esok.

Sambal sardin semalam pun ada lagi. Maka baik dibuat lempeng

Tapi sebab takda kuali maka LM tepek je dalam rice cooker. Cantik elok je tak lekat. Weeee berjaya juga akhirnya.


Minum petang ni.. 
Okey la kan dari takda. Janji kenyang. 

Tak lawa mana tapi adalah rupa lempeng.

Adat duduk apartment, kalau tak main masak2 memang tak sah. Nak masak apa pun boleh janji ada kemahuan. Nak jimat.. Setakat garam gula tu bawa la dari rumah. Macam LM, kalau sardin tu biasa guna asam jawa, time camni bawa je asam keping. Haaa kan mudah tu. 

Minyak bawa sebotol kecik yang 500 ml tu je. Apa susah? Ye tak?

Esok nak gi USS plannya nak buat
- mihun goreng. Tak tau lah jadik ke tak. 
-french toast
-crabstick goreng
-roti kaya/nutella.
-susu coklat ada 7-8 kotak
-oreo
-air mineral dua botol besar
-jelly

Haaa rasanya boleh la jimat sket kot. Takda lah banyak sangat nak labur suit kat dalam uss yang semuanya serba mahal tu. kalau bkn kat uss pun boleh botak kepala beli barang kat singapore ni. Huhu.. 

Kalau tak kerana teringin nak gi USS dan bukan sebab si ayah ada urusan kerja kat sini takdanya la terliur nak jejak kaki kat sini time ringgit malaysia sedemikian rupa. Huhu

Nota kaki:eh esok last day.wawaweeeee


www.tips-fb.com

6 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Perancangan masak yg cukup rapi.. bagus ni LM.. takla muak makan di kedai je.. duit pun leh jimat..

Hasnul Adin said...Reply To This Comment

Kejap. Ni pakai minyak tak masak dalam rice cooker ni? haha

Yana Libra said...Reply To This Comment

bestnye nak g uss! :)

rajin msk byk2 ye..

Kakzakie said...Reply To This Comment

Siap boleh melempeng lagi di hotel hebat betul umi baby ariz ni kan:)

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Tatau pulak akak bole masak lempeng dalam rice cooker...kreatif la ko ni dik...lempeng makan dgn sambal sardin memang kene sangat dah tu...lawankan dgn teh 0 atau kopi 0...fuhhhh! Makan tak henggat...kikiki

hainom OKje said...Reply To This Comment

Saya pun masak sambal sardin semalam, ada jugak lebihnya.... kalau buat lempeng mcm tu sedap gak ek....

Betul tu LM , selagi boleh jimat, kita berjimat jerlah kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...