Monday, November 16, 2015

Memasak Time Makan Angin.

Assalamualaikum...

Hujan lebat di sini sejak tadi. Wah pagi-pagi dah hujan. Mujur la hujan tak yah la LM bawa budak berlima ni main kat swimming pool. Kalau tak baru lepas sarapan dah ajak main kat sana, sobss


Haaa nampak?
Tak padan dengan kecik dah kemain teruja main pelampung.. Ehehe ummi tak layan sebab ummi nak masak untuk lunch . Kedai jauh.. Tak kuasa la nak cari makan kat luar. Lagi pun anak ramai ni mau koyak rabak kocek kalau makan luar 3-4 kali sehari kat singapore ni. Air mineral dah dekat rm9 sebotol kalau dikira dengan nilai duit kita. Haaa sekali teguk berapa orang kan? Tu botol pendek tu.. Bila si bujang order fish and chip harga dekat rm60 sepinggan ikan hanya sekeping mau terjatuh rahang ummi. Sobsss macam lah kat malaysia takda fish and chip dik ad oi. Anak-anak ni belum faham pasal harga dan nilai rm. ye lah dorang tengok harga yang terpapar saja mana lah tau nak fikir pasal ringgit malaysia ke apa.

Menu ringkas saja.. Dah siap masak pun, sambal sardin dan sup sawi taiwan campur brokoli dan telur. Ayam ikan tak sempat beli lagi.. Tu pun sayur beli di jusco melaka semalam, kalau tak jenuh nak fikir apa menu untuk anak hari ni.

Jalan pun masak?
Kalau jalan 2-3 hari okey lagi la nak makan luar. Ni jalan hampir seminggu dan anak kejap lapar-kejap lapar pengsan oi kalau asik nak beli. Dah la kedai jauh.

Sedangkan masa duk miri dua
Minggu tahun lepas tu.. Memang masak tapi kedai banyak sekitar hotel. Terkucil juga kaki ni kejap gi kedai beli mee kolok, kejap gi carik rojak.. Kejap gi beli air minum kat supermarket bawah hotel. Masa tu dah 28 minggu hamil, memang rasa melecet kaki jalan sana sini dengan badan berat. 

Tapi bab masak.. LM dah biasa. Dulu masa gi umrah LM bawa rice cooker kami masak gak sardin dan sup2 ringkas dalam hotel kecik tu. makan anak beranak masa tu anak baru tiga

Masa jalan ke dubai, oman dan abu dhabi tu lagi lah panjang masanya..masak juga. Bila dah jemu makan nasi arab mulalah menambah bila masak lauk sardin, sup sayur.. Nasi goreng rencah dada ayam kfc.. Hehehe. 

Keluarga besar katanya.. Kalau jalan begini lah. Lagi mudah masak berbanding keluar angkut baby dan anak2 lain.


www.tips-fb.com

4 comments:

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Betol sgt tu dik duit kite dah le kecik sekarang...fengsan la camtu...kalau akak pon masak jugak la kot...cam tak berbaloi je makan kat luar dgn harga macamtu....bestnye adik banyak tempat dah jalan...

Aziela said...Reply To This Comment

Alahai LM, akk yg bercuti dlm negara pun..saja carik apartment utk mudah masak. Kat Singapore lagilah parah. Tambah2 lagi kena hati2 cari makanan halal. Termasuj kedai jual sup kaki katak nnt buat naya jer.

cik hani said...Reply To This Comment

Kalau boleh masak, masak je la kan.. jimat sikit. Lagi2 kalau ada anak, kejap2 nk makan..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kan kak dah ada anak ni tambah ada anak kecik yang sibuk nak explore itu ini. takmo duduk diam setempat untuk jangka masa panjang memang pilih masak atau beli je dan makan dekat rumah. senang. takde keja nak tercekik je tengok peel dorang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...