Thursday, November 12, 2015

Naik Gigi Naik Al-Quran

Assalamualaikum..

Episod demam batuk dan selesema tak tamat lagi di rumah ini. Baby ariz masih selesema dan batuk. Acha pun melepek tak bermaya masih batuk juga. Nampaknya adik ad saja yang masih bertahan tanpa dengar bunyi batuk atau selesema. 

Baby ariz demam on off sejak ahad minggu lepas. LM kata mungkin dia demam sebab nak naik gigi kot? Tapi bila si acha demam melepek takkan sebab naik al-quran? Haha

Sebenarnya beberapa bulan hari tu ustaz dah naikkan dia al quran tapi bila dia pindah mengaji dengan bilal masjid kami yang merupakan al hafiz , bilal minta dia ulang lagi muqaddam bagi betul-betul lancar. 

Bila dapat guna al quran kemain hepi la budak kecik tu. "susah tak baca quran?" Asik itu je lah pertanyaan dia.

Asalnya nak bagi si abang saja mengaji dengan bilal memandangkan abg dah khatam hari tu tapi payah pula asing-asing tempat mengaji. Baik sekalikan terus.. 

Mengaji memang lepas maghrib di masjid. Lepas mengaji biasanya acha akan ke tempat jemaah wanita jika LM datang kuliah maghrib yang di buat tiap hari kecuali malam jumaat. Kalau LM tak datang si abang la kena hantar adik balik sebelum orang solat isya'

Sorang naik gigi sorang naik al quran. Ummi naik darah sebab layan kerenah mereka berlima. Ahaaa kalau si kakak sulung duduk asrama tahun depan lagi ummi naik darah sebab semua kerja ummi buat sendiri takda siapa yang bantu. 'Elehhh bertujuh je.. Tu pun nak bantu ke?..' Ehehehe


www.tips-fb.com

1 comments:

Sheila Adziz said...Reply To This Comment

oic... baru paham naik al quran tu apa.... hehehe... semg menjadi anak yg soleh... ibu tenang tak naik marah lg yer....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...