Friday, November 6, 2015

Payung

Salam..

Mendung membawa ke hujan lebat. 

Nampaknya pagi-pagi dah hujan. Nak ambil syafiq dari tadika hujan turun mencurah-curah. 

Hampir tiap jumaat syafiq kena pergi ke sekolah lama(bangunan lama). Kat bangunan lama tu memang amat ramai dan sesak lalu lintasnya time nak ambik anak-anak. Semua nak ambil anak dengan cepat. Semua nak park kereta paling dekat dengan sekolah. Dan yang paling malang ada yang park sesuka hati sampai halang separuh dari jalan raya. Itu belum kira yang berhenti tengah-tengah jalan ambil anak dan berderet kereta tunggu dia ambik anak , masukkan anal dalam kereta dan dia pusing pula naik ke seat pemandu. 

Kalau hujan tu biasalah kan.. Maka LM ni agak takut tergesel kereta orang. Dengan baby ariz lagi.. Maka LM biasanya parking kereta hujung jalan. Kat situ jalan mati. Maka kenalah lompat parit dan jalan sampai ke hujung baru sampai ke sekolah syafiq.

Mujur jumaat abang dia lewat ke sekolah. Maka kenalah si abang ambil adik. Hujan lebat terpaksalah si abang berpayung bawa adik . Dan lebih terharu tengok si abang dukung adik sambil lompat parit dengan tangan kanan pegang payung, tangan kiri dukung adik.. Sobss sangat rasa bersalah..

Tapi.. Takut sangat nak bawa fortuner ke kawasan sesak tu . Hujan-hujan ni ayah bawa kereta ke opis kalau tak memang lencun lah dia.. Kalau myvi kacang putih je la celok kawasan sesak tu..ahkak dah mahir walau dulu ngeri konon takda camera payah nak undur kereta.. Haha alasan apakah? Maaf la ye ahkak ni tak berani sangat memandu dengan baby yang lasak dan sesekali takmo duduk kat baby car seat. Huhu..

Tapi kan.. Dalam ummi dia duk rasa bersalah anak kena berpayung.. Si anak berdua tu kemain hepi lagi dapat pakai payung. Haaaa bukan selalu mereka dapat pakai payung. Nak-nak si syafiq.. Hepi la dia dapat guna payung.. Ehehe

Syukur dapat anak yang mau membantu. Huhu


www.tips-fb.com

2 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

pakai payung dalam hujan pulak tu..memang seronk la.hahahh..adoi..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

alaaa sweet sgt adik ad ni. larat pulak dia dukung syafiq ye kak. tula lebihnya kawen muda, anak dah besar boleh harap kannnn ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...