Wednesday, November 11, 2015

Pecahkan Cawan

Salam..


Yeayy baby Ariz Syahim dah besar. Dah makin tinggi. Tangan dah kuat capai itu ini, gapai apa yang dia nak.

Pagi tadi lepas syafiq ke sekolah ummi kembangkan bubur untuk baby. Bila ayah dah nak pergi kerja bubur dah masak tapi tak masukkan sayur lagi . Kalut la ummi ke tepi rumah petik bayam nak letak dalam bubur baby. 

Tetiba bila masuk dalam rumah si kakak kata baby pecahlan cawan. Glurp.. Bukan cawan.. Tapi mug besar. Tu mig kesayangan ummi. Sekali buat air banyak baru puas minum. Mujur mug hadiah he.. Kalau beli tak ke ummi tepuk dahi?

Sementara si kakak peluk dia , menjerit-jerit dia sebab nak 'tolong' ummi kutip serpihan mug tu. lepas vacum baru dia hepi dapat sama-sama tolak vacum tu. 

Hamboi.. Dia dah tinggi. Dapat capai apa je dah sekarang. Mug malam tadi si abang minum nestum tak hantar ke dapur dia tolong kemas. 

Sebab tu lah dia ni kalau duduk berdua dengan ummi memang ummi tak tinggal langsung. Kalau orang lain mata leka tengok tv tu yang dia dapat peluang gapai itu ini. Dengan ummi tak sempat nak sentuh ummi dah alihkan dulu. 

Sekarang ni dia gigih nak turunkan speaker ayah dia dari kabinet tv. Kikiki..




www.tips-fb.com

3 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Bila ada baby aktif secara tak langsung umi pun buat kerja pantas. Semua kena cepat - bagus juga jadi macam exercise buat umi. Berlari-lari buat kerja hihi...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...Reply To This Comment

Kena hati-hati tu LM..
Takut sikecik tergapai air panas jer kan..
Budak2 besar tu memang kena perhatikan sungguh2..
Kalau tidak ada aje kerja yg nak buatnya :)

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Time gini la baby rajin beno tolong mengemas dik...simpan semua benda yg bahaya kat tempat tinggi2 sikit...barang pecah takpa lagi takut kene kat baby ja luka ke hapa nanti....bior baby menangis jangan ibu dia...gituuuu :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...