Friday, November 6, 2015

Tak Jadi Nak Demam

Assalamualaikum


Tak Jadi Nak Demam

Haha boleh pulak tak jadi nak demam ye?

Malam tadi sebelum tidur memang dah rasa lain macam. Tekak dah perit, dah mula rasa banyak kahak terkumpul di tekak. Mula pening dan lemah.

Bila alarm berbunyi terus rasa nak pitam bila bangun. Terpaksa lah kejut suami minta kejut anak-anak. Terkebil-kebil mata duk tengok jam 5.30 am.. 

Bila badan mula rasa semacam, malam pula tak berapa nak lena baby asik menyusu, asik ke sana sini main takmo tido..terus rsa nak demam. Dah la entah jam berapa pagi baru dia lena.. Main main main!! Grrr

Bila cakap kat incek suami demam.. Tak larat. Katanya tak payah buat bekal anak sebab hari ni kan ada makan-makan kat sekolah ada nasi ayam untuk acha dan kakak pun ada jamuan sempena hari kanak-kanak. 

Terus LM (Lydia Miza) tarik selimut semula bila incek suami dah ke masjid. 

TAPI.. 
Bila teringat permintaan si kakak sulung nak bawa 'itu' untuk bekal hari ni gagahkan juga bangun masak. Hidangkan untuk sarapan dan buat nestum untuk mereka berdua , milo untuk si abang dan susu untuk si syafiq minum (hulur atas katil je botol susu) syafiq wajib menyusu sebelum ke tadika sebab dia takmo sarapan pagi. 

Pagi ni memang istimewa masak ditemani baby ariz.. Aduhai nape awak tak gi masjid ngan ayah solat subuh baby!! Grrr

Lepas anak ke sekolah, terus cuci baju dan layan baby. Macam biasa syafiq merengek liat nak ke sekolah minta ummi mandikan.. Aduh duhh dah la ummi pening:(

Sarapan 1/3 bungkus saja nasi kerabu terus layan baby bawa dia tido. Nasik kerabu dia banyak.. Memang tak blh abis.

Ni ha lepas menyidai dua bakul besar baju, menyental pula sebaldi besar baju putih( baju sekolah).. Haaa berjuraian peluh menitik-nitik. Turun 1kilo kot? Haha

Eh bila dah berpeluh rasa sihat la pula. Ye lah dah teguk kopi mineral sebelum menyental baju tadi kan.. 

Air dari hidung ni mengalir laju takmo berhenti buat mata jadi kuyu. Huhu.selesema jangkit dari baby ariz la ni. Huk huk..










www.tips-fb.com

3 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...Reply To This Comment

Nak demam selesema lah LM..
Gagah jugak masak utk anak2 kan..
Itulah mak mak ni mana nak sampai hati tak penuhkan permintaan anak2 ni kan.

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Penat sangat tu tak.cukup tido pon ye jugak...kalau sempat tu curik la masa untuk rehat dan banyakkan minum air ye....moga cepat sehat dan ceria :)

Kira Sakura said...Reply To This Comment

bila badan tak larat nak demam tu memang kita lemau kan kak. terus rasa nak golek2 atas katil.. tapi bila ada anak ni huuuuu bertabah jela mak budak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...