Thursday, November 26, 2015

Tips Ibu Bapa-Barang Yang Wajib Dibawa Apabila Keluar Dari Rumah

Assalamualaikum...

Anak lima.. Semuanya aktif(yang besar dah tak aktif la). Maka apabila nak keluar dari rumah ,walau pun sekadar nak keluar bersarapan dengan jarak yang dekat tetap LM akan bawa beberapa barang. 

Nak bawa apa?
1.handphone-wajib bawa(walau selalu tak bawa). Mana tau ada kecemasan ke, atau terpisah suami isteri ke.. Senang nak call.

-macam  LM ni rumah kami yang kat johor kami buat homestay. Maka jika tak bawa handphone rugi lah kalau orang nak sewa kita tak angkat. Ye tak?

2.pampers anak
-wajib bawa.. Kot la tetiba anak tu terberak ke, haaa kan dah takda mood nak makan(kalau keluar makan la). Lebih parah kalau plan nak keluar lama tup tup lampin baby tak bawa

3.pakaian
-walau pun anak tu dah sebesar syafiq(4 tahun) LM tetap bawa baju dan seluar untuk dia. Takut lah kot terkencing dalam seluar ke, atau makan kat kedai baju tertumpah air atau sup ke.. Tak la kalut nak kena beli baju baru ke apa. 

Kalau baby Ariz tu lagi la.. Kot la terberak siap kena tepi seluar lagi. Huhu naya je

4.towel kecil/sapu tangan
-wajib ada.. Anak makan itu ini payah nak lap kalau takda sapu tangan

5.tisu basah
-perlu ada satu dalam kereta dan satu dalam handbag. Anak makan apa-apa yang melekit mudah nak lap nanti. 

Atau anak termuntah kat baju atau tudung kita senang nak bersihkan.

Pilih tisu basah yang tidak bersabun ye.. Supaya mudah nak guna terutama pada pakaian yang berwarna gelap.

6.mainan
-bagi umur macam baby ariz biasanya LM akan simpan satu dua mainan dia dalam handbag. Buku dan soft toy lain ada dalam kereta. Bila ada mainan anak tak bosan dan tak mudah merengek. 

Bagi anak yang besar macam syafiq(4 tahun) dan akak abang dia.. LM akan sediakan buku untuk mereka baca atau buat latihan sementara menanti makanan yang diorder boleh la mereka buat. Tak la main handphone atau tab (permainan anak2 org kaya kan..) modal buku baru rm2-6 je) kalau buku latihan.. Ehehe.. 

* perbezaan kebaikan handphone dan tab korang pun tau kan.. Ops kami takda tab pun. Ekeke

7. Makanan baby
-bila nak keluar makan atau ke mana saja  makanan baby (bubur) pasti LM akan bawa.

Jika kita makan kat restoran boleh la suap dia sekali bila dia teruja nak makan makanan bergaram dan bergula kita tu kan?

Kalau travel jauh boleh suap dia makan dalam kereta takda masalah pun. 

Bekalan buah yang dah siap potong boleh juga dibawa untuk kudapan anak2 besar dan baby(guna fruit/vegie feeder)

8. Air kosong
-kena bawa air.. Tak lah anak terjerit haus kita takda air. Tup tup anak mintak air gas. Haaa kan ke dah naya anak nak air manis dan berkarbonat tu!

-lagi pun LM ni andai kata pergi ke sesuatu tempat yang kurang meyakinkan jarang sangat LM minum. Andai kata orang tu kuat mandrem ke.. Atau tak yakin kebersihannya ke.. Masuk kereta teguk air sendiri. Huhu.(untuk keselamatan diri kenalah jaga)

Ada lagi sebenarnya tapi disebabkan tajuk atas tu untuk anak-anak maka telekung, tuala wanita, sanitizer, dan banyak benda lain tu tak perlu lah LM hurai kan.

Nota kaki: maka... Jangan lah pelik kenapa wanita(ibu) keluar rumah paling last. Dia nak bungkus bubur baby, nak bungkus buah, nak isi air dalam botol, nak bawa bekal jajan anak bagai.. Haha.. Dah keluar rumah lupa nak capai pakaian anak masuk balik. Ekeke


www.tips-fb.com

5 comments:

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

hehehe.. betul.. paling frust bila tertinggal diapers lepas tu bebudak berak.. waaa.. stress~!

Sheila Adziz said...Reply To This Comment

nice tips sis... semoga memudahkan utk mengurs anak-anak,,,,

Yana Libra said...Reply To This Comment

banyak ni kena bawak..mmg kena bawak beg galas besarlah..

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Haha.. kalau kami yg anak baru dua ni pun banyak barang dibawa setiap kali ke mana2.. walhal kalau ke rumah mentau hujung minggu pun selalu kena perli mcm nk pindah rumah.. huhu..semua nk bawalah rasanya.. baru anak2 aman dan selesa

Kira Sakura said...Reply To This Comment

sama la kak. dah ada anak ni memang kena alert benda2 yang mungkin pada orang lain nampak remeh. masa uwais belum boleh makan nasi memang spare sesiap bubur dia. kira bukan jenis yang beli kentang putar kat kepci bagi anak makan sebab nak alas perut dia. bersusah payah sikit demi kesihatan anak ye tak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...