Wednesday, December 2, 2015

Aktifnya?

Assalamualaikum...

Korang sarapan apa pagi ni?
LM goreng mihun je tadi. Tu pun mihun ala kadar cuma rencah udang kering dan dada ayam, telur sebijik dan sawi pakcoy sikit.

Baby Ariz Syahim ni dah lewat malam masih takmo tido, kita bangun pagi dia pun melalak nak ummi padahal baru je ummi pegang bawang.

Lelaju rendam mihun dan susukan dia kejap. Tinggalkan dia terus goreng mihun sementara ayah dia bersiap nak gi opis. Tengok jam dah dekat pukul 9 gigil2 ummi menggoreng.

Ingatkan dia melasak malam takmo tido bangun pagi dia blur la sikit. Tak juga.. Dia merangkak ke dapur kemas meja jepun pula. Ada ulam raja lebih makan malam tadi dia campak ke bawah. Piring kaca tu pun dia tolak ke bawah gak..

"Makkkk!!!!!"
LM dah menjerit. Mujur sempat sambar piring yang dah separuh keluar dari atas meja. 

Kalau jatuh memang kena kaki dia. 

Berderau darah!

Nape aktif sangat dik oi? Aduh duh duh.

Bila dah sendukkan mihun untuk ayah, hidang air.. Buat air nestum syafiq. Terus ummi basuh beras nak buat bubur dia.

Zappp!!
Tangan dia genggam mihun dalam pinggan abang syafiq. Sobsss


Jauh kan dia terus letak periuk atas dapur.. Zappp tangan dia dah genggam mihun dalam bekas besar pulak.

Aduhai anak. Ayah dia depab mata pun tak sempat nak sambar tangan kecik dia tu. kikiki

Nota kaki: vitamin apa lah ummi makan sampai ank kemain aktif ni? Grrrr



www.tips-fb.com

5 comments:

Malinda said...Reply To This Comment

hahaha...pantasnye dia...beso2 camtu memang tengah meneroka sangat tu...kikiki...hati2 jangan letak barang2 yg senang pecah rendah2 dik..

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

hehehe.. tak menang tangan dengan anak2 yg aktif ni kan..

Diana Rashid said...Reply To This Comment

hahah..pantas buat kerja nih...

Yana Libra said...Reply To This Comment

aktif nyee..mcm adam gak la..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Pantasnya alahai. Kesian LM terkejar-kejar ya. Budak-budak bukan tahu apa pun. Apa yang menarik pandangan, semua pun nak pegang. Kita ajelah yang dok terjerit terpekik takut itu ini. LM jangan tak tahu, saya ni sampai sekarang tau kalau nampak anak-anak buat sesuatu yang tak sepatutnya, saya dah menjerit sikit punya kuat. Selalu aje kena marah dengan suami sendiri. Hehehe!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...