Monday, December 7, 2015

Apa Hadiah Terbaik?

Assalamualaikum

Apa hadiah terbaik untuk ulang tahun  kelahiran bonda kita selain doa?

Buntu kepala ni nak fikir hadiah apa yang terbaik buat bonda. Hujung minggu ni birthday bonda, adik-adik dah msj tanya kami balik ke sambut untuk bonda. Jawapannya pastilah tak balik.. Kami nak urus temuduga sekolah untuk kakak ada satu lagi sekolah ahad ni. Walau dah dapat satu sekolah tu kami tetap berharap dapat sekolah yang lebih baik ranking nya. 

Lepas tu nak kena hantar kakak ke sekolah tahfiz kem dua minggu tu dan lawat adik ad juga di sekolah tahfiz tu. tak terkejar la kami . Dua minggu lepas dah balik....

Pos je kot hadiah untuk bonda. Tapi hadiah apa ye? Perfume takmo lah sebab ayah dah belikan aritu masa ayah gi bandung. Nak hadiahlan quran pelangi siap tajwid tu tak boleh pos kot? Namyi dibaling2.. 

Haishh buntu. Baju? Macam tak sesuai je hadiah baju, dah biasa sangat. 

Ada idea?

www.tips-fb.com

3 comments:

Yana Libra said...Reply To This Comment

mmg selalu buntu bila tiba part hadiah,.huhu..bagi suprise?

online delivery yg boleh deliver bunga/kek terus ke org tu ok gak kan?

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...Reply To This Comment

Akak selalu bagi telekung aje LM.. sebab mereka bawa pergi masjid kan utk solat.. beli yg brand Siti Khadijah tu.. kain sungguh sedap dipakai dan elok terletak jer kat muka.. lagi pun tak jarang. Itu cadangan akak.. sebab mudah di pos.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Bab-bab hadiah ni memang buntulah, LM. Kalau emak saya ni masih suka lagi hadiahkan kain ela. Tapi itulah dah terlalu biasakan. Kalau dekat, hadiah peluk cium bertubi-tubi aje tentu emak suka ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...