Monday, December 28, 2015

Bertemu Jiran Lama

Assalamualaikum..

Alhamdulillah rezeki...
Tak disangka-sangka semalam dapat bertemu dengan sahabat lama jiran tetangga semasa merantau di doha,qatar dulu.

Sahabat dari indonesia ini sangat baik budi dan ramah orang nya. Kebetulan sepupunya kahwin semalam di cheras. Dia mengundang kami sekeluarga. 



Bergambar bersama sebagai kenangan.. Sebelah LM nadia.. Sahabat di sana juga, sekarang dah menetap di sini tapi jarang juga bertemu dek sibuk dengan urusan keluarga. 

Bersebelah dengan nadia adalah tini. Walau usia kami banyak juga bezanya tetap serasi. Tini sangat baik..

Menitis juga air mata ni masa berpelukan dengan tini semalam. Sangat tak sangka dapat bertemu lagi. 

Memang lupa undangan dari tini tu. dah keluar sarapan dan beli barang sekolah anak baru teringat. Maka.. Pertama kali ke majlis perkahwinan pakai tshirt saja. Terpaksalah... Kalau nk patah balik memang tak pergilah undangan tu. huhu

Meriah betul majlis perkahwinan sepupunya semalam. Berkahwin kaum cina. Sama cantik sama padan. Apa yang lebih menarik keluarga dari indonesia satu bas. Meriah sangat..

Ukhwah.. Moga kekal ke akhir hayat. InsyaAllah.

www.tips-fb.com

3 comments:

Othman Zan said...Reply To This Comment

Assalam. Memang seronok jumpa sahabat lama. Mau berjsm-jam bercerita.

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

Orang tak pandang2 pun pakai tshirt kaklong kan? hehe

Diana Rashid said...Reply To This Comment

jumpa kawan lama memang best..saya dah lama tak jumpa kawan2 lama.kalau jumpa pun entah2 diaorang dah tak kenal saya.sebab dulu sya gemuk..hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...