Thursday, December 10, 2015

Bukan Semua Orang Faham Kita Busy

Salam...

Busy?
Ramai yang pelik bila LM kata sangat sibuk dalam urusan seharian. 

Pelik ye bila dengar orang tak berkerjaya macam LM ni busy? Ye la.. Mesti orang ingat suri rumah sepenuh masa ni duk tido, main fb, tengok tv, makan.. Duk melekat kat handphone 24 jam. 

Betul la tu.. Macam LM ni goyang kaki je. Tup tup kain tiga empat bakul tu dah siap cuci. Eh tetiba je tengok ampaian dah penuh. Tersidai sendiri. Hebat kan? 

Tak perlu fikir bubur baby, takyah suap baby makan,tak perlu masak sarapan dan lunch. Minum petang berangan je nak makan apa terus terhidang. Best kan? Tu yang best tu jadik suri rumah. 

Anak makan bersepah tup tup habuk dan makanan yang cicir tu terbang sendirik masuk tong sampah. Setakat vacum dua kali tu apalah sangat kan..tak letih pun. Rumah sekangkang kera pun letih ke?

Ada orang ambik tau aku keluar dari rumah seminggu berapa kali? Ni cuti sekolah ada orang tau aku tengok dunia luar ke tak? Kalau time sekolah keluar pun jemput anak je lepas tu tak singgah mana pun.

Orang duk kata.. Owh bahagianya dia jalan sana sini. Setiap minggu ke kami jalan? Tau tak dengan anak yang duduk asrama di sekolah tahfiz tu sepanjang cuti sekolah ni kami perlu ulang alik jenguk mereka tiap minggu. Masa? Tenaga? Wang ringgit? 

Bila dah keluar tu agak-agak ada tak kerja terbengkalai? Ada kerja yang tak beres tak? Kain menimbun sabtu ahad tu agak-agak bila nak lipat? Bila nak gosok? Kadang tu kain sabtu ahad sampai selasa pun tak habis lipat tau sebab isnin pun cuci baju jugak kan? Eh buat apa tanya sebab bukans semua orang faham pun. Bila kita cakap sibuk orang akan kata"akak takpelah.. Tak kerja.. " haaa betul la tu. 

Pasni aku nak hantar anak kat nursery jugak. Biar rumah tak sepah, petang baru ambik anak, dia main kejap terus tidur. Company pun memang bagi peruntukan nursery.. Marilah hantar je anak kat mana2.. Goyang kaki je kan? Tu yang orang fikir.

Orang tak tau entah bila kita curi masa nak ajar anak ngaji, nak ajar anak menulis, yang besar nak ajar baca dengan laju, nak semak tajwid anak bola dia mengaji. Eh ada orang fikir tak? Syok oi duk rumah ..tak yah buat apa. 

LM rasa jarang sangat lah LM ni keluar rumah selain sabtu ahad. Buang sampah pun anak. Maka lagi lah nak lata jejak kaki luar rumah tu amat mustahil kalau selain sabtu ahad. 

Takat keluar sabtu ahad gi pasar top up sayur ikan tu pun tak membanggakan pun. Tu rutin biasa kot?

Camni lah.. Kalau kita nampak si polan duduk rumah tak berkerjaya nampak macam takda kerja, jangan la main pukul rata. Bukan semua orang tak busy. Ramai je yang busy. Anak LM ni ramai, semua perlukan perhatian. Baby menyusu tiap jam. Sejam sekali nak susu. Bila dah anak susu badan ni bukan boleh menyusu sambil melipat baju ke sambil masak ke.. 

Haaa kalau tak jelas juga tak tau lah. Ni marah ni, ahkak marah tau bila orang kata kita ni tak busy. Saja mendiam kan diri tak respon bila ditanya sebab sengaja. 

Tau tak..zalora email mintak buat iklan pun dua tiga hari masih tak reply. Bukan kan kata nak taip entri, nak reply pun tak sempat tau. Padahal tu kan duit.. Rezeki.. Tapi memang tak sempat. Huhu

Nota kaki: kalau kita tak faham masalah orang tak perlu nak buat andaian kot?

www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...