Tuesday, December 22, 2015

Carik-Carik Bulu Ayam

Assalamualaikum...


Carik-Carik Bulu Ayam
Akhirnya bercantum juga. Bonda LM selalu sebut perkara ni. Adik beradik ni kalau gaduh sikit-sikit tu biasalah katanya... 

Ye lah, kami pun ada juga gaduh kalau dah besar gini. Apa yang tak kena pung pang pung pang gaduh. Time nangis berjemaah nangis. Dah reda kat hati mintak maaf salam prluk2 cium. Settle... Tak fikir dah. Buat cam biasa. Tak simpan dalam hati, takda dendam. Tu cara kami adik beradik.

Sebab tu meluat bila tengok adik beradik orang lain, jenis mengata belakang, ada yang nak jadi ketua(suruh orang akur cakap dia je), jenis hasut adik beradik lain jangan suka kat orang yg tu ... Macam2 hal. Tak boleh ngam. Pelik manusia ni, sedarah, lahir dari rahim yang sama pun tak boleh baik. Salah didikan kah? Atau silap tak diberi didikan agama yang cukup? Atau silapnya di mana?

Anak-anak LM, mak aihhh kalau gaduh macam kucing. Bercekau je la dia. Jap A dengan B, jap lagi aduh tukar regu pulak. Stress oi nak damaikan. 

Tapi bila time baik kemain lagi... Bff pun kalah. Haha.... 

Bila si kakak sulung (12 tahun)dan adik ad(10 tahun) di hantar ke kem tahfiz selama sebulan ni... Selain perubahan ketara pada mereka berdua dari segi sikap, tanggung jawab dll adik yang dua kat rumah ni pun nampak berubah. 

Gaduh tetap gaduh si acha(7tahun) dan apit(4tahun). Time okey sangat lah okey.. Hihi. Acha tau tanggung jawab jaga baby. Ummi nak masak, nk vacum, nak mengemop.. Nak sidai kain.. Dia tau jaga baby. Jaga baby yang melasak mengeliat bila dipegang, merangkak laju bila terlepas tu bukan mudah. Tapi dia tak bersungut. 

Si apit.. Bila ada si abang manjanya kemain lagi. Semua benda dia yang bak lebih. tak mau mengalah. bercekau je kerjanya. Haaa ni bila abang takda, baru lah macam anak ayam hilang kepak ibu. Takda tempat nak berlindung. Tercari2 si abang. Merengek minta jemput si abang balik.

Maka.. Benarlah kata bonda. Biasalah anak2 bergaduh. Bercekau tak kira masa. Carik2 bulu ayam, lama2 bercantum jua. Elok la nanti.. Selalu bonda kata camtu bila LM call kata stress anak bergaduh mcm kucing..

Apit fikir si abang dihantar ke kem tahfiz tu sebagai hukuman sebab apit asik carik pasal dengan si abang. Dia insaf dah tu..hihi. Asik mengira hari bila nak jemput pulang akak dan abang. 

Balik ni tak sempat bercekau dah. Nak buat persiapan kakak untuk naik sekolah menengah. Buku acha dan adik ad pun tak beli lagi. Sibuk menyampul buku, menjahit lencana bla bla bla. Siapa bercekau memang ummi ikat kat ampian luar tu nanti. Ekeke

Si acha lagi la.. Jumpa kakak kejap je sebelum kakak ke asrama 2 jan ni. Takda masa nak gaduh... Nak makan angin pun takda masa. Maka.. Redakanlah stress di minda dengan mengadap makanan hasil air tangan ummi dengan gumbira... Tu je la.ehehe


www.tips-fb.com

1 comments:

Yana Libra said...Reply To This Comment

meriah rumah anak ramai..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...