Tuesday, December 15, 2015

Cuti Sekolah-Latih Tubi

Assalamualaikum...

Anak dah tinggal tiga orang kat rumah, maka perhatian tertumpu pada mereka je lah memandangkan kakak dan abang dah ke kem. 

Bila tak ramai maka, menu breakfast terus jadi menu lunch juga. Tinggal masak untuk malam je.

Nak jalan pun tak boleh sebab abang kakak takda, maka inilah masa yang paling bagus buat latih tubi. 

Anak manja ni bila ummi leka dia mula main-main. Lenovo lama ayah dia dah hantar repair sebab dah sewel(mujur ada waranty..) maka dia takda la alat untuk buka youtube. Laptop pun ummi sorok. Iphone lama pun sorok dalam laci..padan la muka(ummi gelak sendiri)



Tapi..dah namanya anak 4 tahun. Mula-mula je dia buat elok, masuk muka surat ke dua ketiga macam cacing kerawit la rupa tulisan dia. 

Okey... Kena sabar, anak kecil cepat bosan. Grrr!!!

-Bila anak bosan cepat tukar aktiviti, dari menulis ke mengira atau lain-lain
-bila anak bosan cepat tukar subjek dari jawi ke bm atau bi. 

*busy sangat rasa macam tak cukup tangan bila anak dua yang besar takda, kat luar  pun sempat sapu separuh je tadi. Mop pun tak lagi:(


Nota kaki: tapi ummi nak ajar cara angkat pakaian dari ampai kot.. Ilmu gak tu.. Babai👼


www.tips-fb.com

7 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...Reply To This Comment

Anak2 boleh fokus dalam 15 minit jer kan LM,
Lepas tu mula lah tak fokus..
Carilah aktiviti lain..
Bagu juga tu ajar angkat kain di ampaian tu hehehhe

Yana Libra said...Reply To This Comment

bz ye cuti skolahh :)

uncle gedek said...Reply To This Comment

masa uncle sekolah latih tubi ni takde...

ketuk bertubi tubi tu ada la...

huhuhu

Diya Hanun said...Reply To This Comment

Nasib lah anak2 tak nakal..hehe

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

asalkan full time kak long dengan anak kecil tu. Tu dah terbaik dah tu..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

budak2 kecik memang cepat bosan kan kak. ajar uwais mewarna pun tak sampai 5 minit mula dia kaler tikar dia pulak grrr

Mummydearie said...Reply To This Comment

Anak saya yang kecil tu pun 5 minit aje bertahan, LM. Lebih dari itu, dia yang ajar kita. Dia suruh kita yang belajar! Penatlah nak melayan keletah lama-lama. Buatlah apa suka janji ada masa belajar sudahlah! Nanti dah sekolah lagilah terukkan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...