Thursday, December 17, 2015

Cuti Sekolah-Wajib Ada Aktiviti Jika Tak Mau Anak Bergaduh



Assalamualaikum...

Anak lima orang depan mata kata busy, tapi anak yang dua dah ke kem hilang dari mata sebulan pun busy juga?

Sama saja sebenarnya, nak-nak acha baru tujuh tahun tak boleh lagi diharap menyidai pakaian atau mengupas bawang...hihi. 

Semua urusan dari A-Z terletak pada bahu LM. Cuma, tugas menjaga baby memang serah kat acha la bila nakasak kejap. 

Penat tu tuhan saja yang tau sebab baby ariz dah melasak dan kurang tidur. Baby ariz juga LM tak masukkan dalam walker atas sebab tersendiri,tak perlu diulas agar yang masukkan dalam walker tak sentap baca nanti, pilihan masing-masing.. Syafiq juga tak masuk walker so memang LM perasan perbezaan anak tang masuk walker atau tak. Tu untuk anak kami la..

Dah melencong, nak cerita pasal aktiviti. Buku, pensil warna, pensil.. Kertas.. Semua benda ni sentiasa berterabur di hall. Maka, AWAS ye bagi yang nak terjah rumah LM perlu lah bagi tau awal. Ye la... Orang membersih dan kemas akan pitam kalau datang tengok situasi ni. 

Hujung hall... Lagi lah..


Haaaa nampak? 

Ikut korang la anak.. Janji diam. Kejap gaduh, kejap baik. Tu lah kerjanya. Tak perlulah nak tunjuk sepah tiap inci nanti pitam korang. LM dah tak larat nak pandang dah.

Mereka berdua ni macam berlima riuh rendahnya. Kejap je elok buat latih tubi tak sampai setengah jam dah bergaduh. Lepas tu memang tak fokus pun menjawab soalan. 

Biasanya bila mereka dah buat perangai LM suruh tutup buku dan rest. Haaa masa inilah dorang main pondok-pondak la.. Main mainan la,duk hampar sejadah susun anak patung la.. Buat lah apa pun anak. Ummi pasrah je. Lepas tu gaduh balik. 

Takpe-takpe... Ummi gi dapur potong-potong buah terus hidang. Makan lah mereka berjemaah dengan aman damai. Sambil makan dengar ummi bagi ceramah free pasal hikmah berkongsi makanan, pasal adik beradik, pasal dosa bergaduh.. Okey, insaf jap dorang. Haha


Jap lagi mulalah main itu ini,selongkar laci cari mana iphone ummi? Mana iphone hitam ayah tu? Haha tak dapek! Ummi angkat bahu je la kata tak tau. Cari lah sendiri.

Iphone memang satu tak charge dan satu je ada tu pun sesekali je terletak atas meja. Kalau atas meja tu maksudnya' kau mainlah kejap' . Bila lesap pada pandangan tu maknanya ini bukan masa bermain gadget! 

Main gadget tak mana boleh pandai pun. Main flash card atau selak buku lagi cepat pandai membaca . Tu kata LM. Bukan kata korang.. Bukan kata pakar. Anak kita tak sama, ye tak? Anak LM kalau dapat gadget tak belajar sangat pun, layan youtube je lebih berbanding belajarnya entah berapa minit. 

Bila dah buat peel pelik jap lagi panggil si kakak ajak mengaji. "Acha.. Meh ngaji sini. Orang baik memang kena ngaji selalu" jap lagi terkedek2 la si adik 4 tahun tu bawa iqra'. Dia ni sangat cemburu orang lain kena puji. Maka.. Dia mengamuk la nak ngaji dulu. Okey.. Tak jadi masalah, iqra' kan kejap je baca berbanding acha yang baca al quran tu.

Peraturan cuti sekolah kat rumah ni kena ngaji dua kali sehari. Maka ummi terpaksa rebut masa ngajar ngaji ikut mana yang sempat sebab baby selalu kacau bila dia tak tidur. 

Rasanya dengan ada aktiviti saja boleh buat budak berdua ni tak gaduh dan tak cari iphone atau tak gatal tangan on laptop. Sepanjang tiga minggu adik ad takda ni belum pernah lagi budak berdua ni on laptop. Biasanya si abang lah tolong on kan lappy bila adik nak layan game atau tengok upin.

Haaa cerita pasal upin, LM dah sekat juga sikit2 si syafiq tengok upin. Macam nakal je upin tu usik kak ros. Rasa cam tak sesuai dicontohi sebab dia dah mula asik mengusik dan mendengki acha. Walau beribu kebaikan dan pembelajaran serta nilai murni dalam cerita tu tetap ada yang buruk juga dia nak kutip. Cuba tengok kampung boy.. Cakap pun skema  je.. Ni budak sekarang kampung boy tak minat!

Penat yang teramat akan jadi amarah bila anak buat perangai. Untuk elakkan jadi pemarah kena lah LM banyakkan aktiviti. Angkat kain sama-sama, bersihkan kat porch sama-sama. Mesti alihkan aktiviti bila nampak mereka mula bergaduh atau bosan. 

Nota kaki: untung la anak korang yang tak bergaduh dan elok diam mendengar kata. Anak LM ni aktif sikit, memang kena banyak sabar. 
www.tips-fb.com

3 comments:

cikel said...Reply To This Comment

Salam..bila sy baca kisah akak LM..sy dapat bezakan cara ibutiri dan cara ibukandung mendidik tu lain..sy umur 7 tahun dh tahu basuh baju sendiri, sidai, basuh kasut sekolah sendiri..dibantu oleh akak no3 sy yg umur ketika itu 12 tahun..darjah tiga sy iron baju sendiri...kakak sy form 1 dh masuk asrama..jd umur 8 tahun tu sbnrnye maktiri sy dh ajar iron..tp ayah sy masih larang sy buat..bahaya katenye..darjah 4 sy dah pandai mengoreng ikan, telur, ayam..
Kakak sulung sy sekrg ni dh 3 anak..anaknye darjah 5 masih kakak sy yg basuhkan kasut sekolah mereka..bila sy kate'nape diorg tak basuh sendiri? Dh besar kan' kakak sy ckp dlu arwah mak pun buat mcm tu kat dia..jd kat sini sy nmpk perbezaan cara pendidikan tu..kadang rse jeles sy tak dapat rse kemanjaan tu..tp bila difikirkan balik cara tu buat sy mudah berdikari dan senang paham apa yg diajar..
Maaf..kisah akak buat sy teringat arwah mak..sy tak sempat bermanja dengan arwah

cikel said...Reply To This Comment

(sambg..td tertekan publish) sy juga jeles dgn anak2 akak LM..sbb beruntung dpt ibu mcm LM..

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Ank rin kan kuat bergaduh..esp aish dgn yaya...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...