Wednesday, December 9, 2015

Didik Hati Bersabar Hadapi Kerenah Anak.

Assalamualaikum...


Tajuk kemain kan? Padahal LM lah orang yang paling cepat melenting kalau anak buat perangai.  LM lah paling tak cool bila kejap yang ni meragam kejap yang ni tunjuk skill. Aduhai

Bila belek gambar masa kami bawa anak le Singapore hari tu rasa nak gelak pun ada. Tengok dalam gambar ni... Ada tiga je anak dari lima orang . Mana yang lain?


Bila dah ready puas panggil baby suruh tengok depan tup tup belek gambar tak cukup.. Mau tak angin? Bukan mudah nak suruh semua tengok camera kan? Sobss

Eh mana syafiq?
Hurm.. Dia dah letih duk ngadap depan dengan mood standby dia cabut la.. Haha. 

Kakak sulung mana?
Haha merajuk sebab ummi dia tegur pin tudung dia senget . Lorhh tegur dan gelak pun salah? Ummi tegur pastu gelak terus dia sentap dan nangis menitis2 air mata. 

Pulak??
Ye lah... Budak 12 tahun sedang bercelaru emosi kot? Peralihan dari zaman kanak-kanak nak menuju ke alam remaja. Nak nampak lawa selalu macam la ada mata yang nak tengok dia. Kikiki..

Bila ayah dah angin kenalah lelaju suruh ayah sabar. Biar la tak cukup pun dalam gambar, nak buat camne kan? Padahal hati ni geram jugak tapi dah pesan kat hati senyum je la.. Sabar banyak-banyak. 

Nak nikmati saat bercuti dengan gembira tanpa mood marah la kononnya kan?

Padahal hati pun geram juga, letih juga kendong baby ke hulu ke hilir.. Sobsss


Tapi kantoi gak.. Gagal jugak nak handle emosi sendiri. Cuba tengok gambar  dengan syafiq kat bawah ni..


Candid... Si kakak snap. Ni masa kat Universal Studio Singapore..

Muka ummi dah masam mencuka. Dah mula marah kat syafiq. 

Dia sibuk nak bergambar kat situ. Ni dah nak balik sebenarnya. Ayah dah jauh ke depan, nak carik teksi nak ambik kereta park kat hotel dan berkejar nak balik malaysia. 

Pagi tadi sampai-sampai je dah snap pun gambar kat situ. Nak balik meragam lagi nak bergambar kat situ lagi. 

Dah duk situ main-main pulak, padahal dah mula ramai orang beratur tunggu turn dorang pula nak bergambar. Haaa ummi mula la naik angin. Takkan nak lelama biar orang tunggu kita kan?

Kena belajar handle emosi agar tak marah, agar tak cepat melatah bila anak buat perangai. Tapi selalu juga gagal. 

Bila aktiviti lama dari pagi hingga ke petang anak letih mesti buat perangai, kita yang letih juga mulalah naik angin sebab bukan sorang dua nak handle.. Lima orang kot..

Tabik spring buat ibu muda yang sabar hadapi kerenah anak yang ramai tanpa bantuan pembantu rumah.Buat diri ini,walau tak muda dah 34 tahun masih banyak lagi kelemahan dalam mengurus emosi amarah tu. bila badan letih cepat je nak marah. 

Jalan tu seronok.. Tapi sebelum jalan nak kena urus juga pakaian, bekal makanan...

Camni, sebelum ke USS, si ayah dah masak bekal sejak lepas subuh lagi. Pastu siap masak baru turun sarapan kat cafe hotel. Kemas pakaian takut kotor atau basah untuk ke sana sebelum check out. Sebelum pergi dah letih sebenarnya... 

Nota kaki: semua ini kenangan bersama anak2. Moga penat lelah sekarang menjadi saham di akhirat nanti. Amin.

www.tips-fb.com

2 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Ank2 rin kan LM suka bergaduh dlm kereta..fuhh tension ok...
Tu kalau rin skang pegu mana2 mmg bwk sorg je anak yg besar..yg lain tggl..kalau pergi dekat2 la..

PinKy MoMMa said...Reply To This Comment

saya pun kena banyak bersabar lagi kak..tapi sekarang ni, kalau saya marah sangat..saya akn diam skrg ni..anak anak tau kalau saya diam tu makna nya mama tengah marah huhuhu..takut cakap nnt jadi benda merepek yang keluar hukhuk..so baik diamkan diri jer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...