Saturday, December 26, 2015

Dua Anak Telah Kembali Dalam Dakapan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah selesai sudah kem tahfiz adik ad selama sebulan. Kakak pun abis dah kem dua minggu yang dia join. Kakak busy interview sekolah menengah dapat join kem tahfiz dua minggu pun dah syukur sangat.

Alhamdulillah dah ada depan mata. Sihat dan ceria .. Lega hati LM. Cuma kakak asma teruk semalam, dah makan ubat masih tak reda. Ustazah bagi dia pil ustazah baru dia okey. Biasanya.. Kalau asma teruk memang kena ambik nebulizer.. Sian anak ummi:(

Sampai rumah awal tak jam langsung hari ni. Sebelum pukul 4 petang dah sampai kat rumah. Semua tersadai keletihan.. Semua pengsan kecuali baby. Hihi.. Bergerak sesudah subuh, sarapan pun tak, ayah singgah pasar tani kuala selangor saja belikan pau dan sikit kuih. Anak2 tadi LM belikan roti saja di shell puchong. 

Pukul 9 dah terpacak kat maahad si kakak, tapi dia nak buat persembahan untuk majlis perpisahan. Takkan LM sorang duk situ dengan baby, si ayah tak boleh masuk asrama puteri. Maka, LM buat keputusan ikut ayah ke maahad adik ad untuk sertai majlis serahan sihil dan perpisahan. Asrama lelaki mak2 kan boleh masuk..

Tak selesa la tinggal situ berjam2 dengan baby. Payah nak menyusu, panas dan masalah lain lagi. Kalau dengan ayah mudah sikit, semua barang ada dalam kereta. Sempat suap bubur dan buah dalam dewan masa majlis perpisahan adik ad tadi. Nak menyusu bawa baby masuk kereta kejap.. 

Lepas siap terus ambik kakak pula. Tak siap lagi pun persembahannya, pukul 12 lebih baru siap. Tunggu dia kemas itu ini .. Letih la juga menanti. 

Anak dah ada depan mata hati rasa tak mau lepas dari pandang wajah mereka.. Besarnya rasa rindu di hati ni.


www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...