Thursday, December 3, 2015

Gas Habis

Assalamualaikum

Dari pagi kononnya nak masak simple je sebab baby ariz angin memang tak baik asik nak melekat dengan ummi je. Langsung dia tak mau dengan akak dia. 

Bila baby asik melekat dan tak mau letak langsung, bibik linda pun habis mengemas tadi pukul 12 tengah hari maka LM plan masak ringkas je la sekadar ada benda nak makan alas perut kami.

Pagi tadi LM dah sarapan tosei dengan acha kat kedai, untuk apit dan kakak bungkuskan je roti pisang dan roti kosong. Perut kenyang tak kisah sangat makan lewat sikit. Boleh call borak dengan bonda sampai pukul satu lebih lagi ...

Bila baby tidur baru lah masak gulai lemak cili api pucuk ubi yang LM petik tepi rumah pagi tadi. Hanya goreng ayam dan panaskan daging kicap dan sambal sotong lebih hari tu. bila dah ada gulai kira tak la kalut sangat nak fikir lauk untuk incek z. Pukul 6 baru la sibuk nak goreng ayam. Petik api tengok kecik sangat.. 

Hati dah cuak.. Beberapa saat lepas tu terus api terpadam. Sah!!! Gas abis. 

Malas nak fikir apa tunggu jelah incek Z balik. Dah petang pun.. Nak call ngadu gas abis pun buat apa, baik sabar je sambil golek2 layan baby.

Dia balik je terus ajak gi kedai. Sian sangat tak dapat makan. Sambil dia makan nenas yang LM kopek tadi boleh lagi dia tukar kepala gas ke tong lagi satu. Katanya ada lagi gas tu. 

Hati berharap juga.. Tapi hampa. Betul la juga, seingat LM tong dalam rumah dah habis. Bila incek Z nak beli gas LM tak bagi hari tu sebab konon tong gas yang kat luar guna masa kenduri ada lagi. Haaa sekarang dua-dua habis tak perasan. Memang naya. 

Biasanya habis je terus beli. Tak la sampai dua-dua tong abis. Takpa lah belajar dari kesilapan. Naik kembang ayam kat dalam kuali tu. hihihi

Balik dari kedai singgah beli nasi lemak rm1. Makan la nasik lemak dulu sementara goreng ayam. Lepas tu dapatlah incek Z makan nasik dengan gulai pucuk ubi dan ayam goreng tu. 

Kalau tak.. Sayang la gulai tu tak abis. Memang tak buat banyak pun, cukup-cukup je... 

Kata incek Z, lain kali call je suruh orang tu hantar. Haah la.. Dulu LM pernah ca sekali rasanya masa baru pindah rumah ni. Siap suruh dia pasangkan lagi kepala gas sebab masa tu tak tau pasang. Ops sekarang dah pandai pasang dah. Ehehe

Tapi sebab risau gas habis time anak takda tu yang kami beli tong satu lagi tu demi keselamatan. 

Nota kaki: nampak remeh api bila takda gas kalut la juga
www.tips-fb.com

3 comments:

Hanis Azla said...Reply To This Comment

As-salam LM..

Sampai kembang ayam tu tunggu gas ya he..he.. akak selalu memang call aje gas dari kedai runcit.. sedapnya gulai pucuk ubi.. makan dengan ayam goreng memang terbaik..

Yana Libra said...Reply To This Comment

mmg kalutlah kalau xde gas..kalau tgh masak lagi haru..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Stresslah kalau tengah memasak tetiba gas habis. Saya pun selalunya call aje suruh datang rumah hantar. Tapi yang lagi best, gas saya selalu aje habis masa hari minggu. Nasib baiklah si Bangla yang hantar gas ni kerja tiap-tiap hari!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...