Tuesday, December 22, 2015

Homemade Air Soya

Assalamualaikum

Homemade Air Soya


Ni kacang soya yang sudah kembang setelah direndam


Akhirnya sempat juga buat air soya petang ni. Nak membuatnya senang, cuma selalu saja tak sempat sebab mengerjakan benda lain selain melayan baby yang tak boleh nak kena tinggal tu.

Pagi tadi terus rendam kacang soya. Selagi tak rendam tak jadi la air soya nya.

Memang plan nak buat petang lepas asar. Biasanya baby ariz tido lepas asar. Tapi... Perancangan tergendala sebab si ayah call ajak pergi klinik gigi buat scaling gigi sebab nak habiskan peruntukan yang disediakan company. Ahaaa ada rm600 lagi peruntukan yg tak diguna. Anak dua orang tu takda, memang tak dapat la habiskan kot.kami berdua je. 

Sah.. Kami berdua baru rm150, beli berus gigi, ubat gigi dan pelbagai benda lain rm200. Haaa ada baki lagi. Tenah tahun takmo buat rawatan gigi bagai, dah nak abis tahun baru nak hantar claim. Hihi

Apa pun ... Best sangat ke klinik tu. lembut je doktor tu buat rawatan. Tak macam sesetengah doktor. Ada yang sampai berdarah gusi dikerjakannya

Balik dah lewat juga tadi, singgah beli makanan kucing, goreng sayur.. Baru buat air soya.


LM share resepinya mudah ni ye. LM buat agak2 je tak sukat sangat pun

Bahan:
2 genggam kacang soya(dlm dua cwn/200 gram)-rendam semalaman.
-LM memang beli dua genggam je haritu😉
-3 helai daun pandan
-1 cawan gula(jika suka manis boleh tambah lagi)
-2 liter air

Caranya:
-Kisar kacang soya semalaman dan cuci bersih. Toskan.

-tapis dan masak dengan daun pandan. Masukkan gula dan biar mendidih. 

Jika suka minum sejuk boleh tambah ais atau disimpan di dalam peti sejuk. 

-LM guna penapis kain yang macam mamak guna untuk tapis teh tu. tapi yang ni saiz besar. 

Selamat mencuba


www.tips-fb.com

3 comments:

Azwar Syuhada said...Reply To This Comment

Macam mudah je, tapi saya ni terlebih rajin beli jerlah jawabnya. Thanks for sharing!

Travelog Sunyi said...Reply To This Comment

slalu beli kat pasar sebab nak fresh..
tp manis nye ya ampun...hiks..
dulu mak slalu buat..lg puas hati kan kak..

Yana Libra said...Reply To This Comment

macam senang je nak buat ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...