Wednesday, December 2, 2015

Ke Hospital

Assalamualaikum..

Hari ni yang meletihkan dan penuh debar. 

Dari pagi terburu-buru buat kerja melayan keletah baby ariz dengan tangkasnya lagi.. Dengan kerenah takmo tido..

Dalam 10 lebih bila dia dah tido terus berkejar baru nak sidai baju. Sedang sidai baju dengar pula lori old news paper tu menyanyi-nyanyi.. Haha. Apa lagi lelaju lah pikul buku kerja dan buku tulis lama anak tiga orang tu dua plastik besar konon nak jual.

Lalu kat hall terdengar telefon rumah berdering. Ingatkan bonda yang call rasa cam nak abaikan je nanti lah baru call balik sebab nak urus jual buku lama tu dulu. 

Tengok telefon tu kemain lagi lama berdering angkat la jugak. Rupanya suami call kata mak dia masuk wad sebab muntah darah dan cirit birit teruk sampai tak boleh bangun. 

Terus la pecut suruh anak yang tak mandi lelaju bersiap dan packing pakaian semua. Takut kot la kecemasan atau keadaan wan dorang teruk adalah baju spare. Mujur ada jubah yang bibik linda dah gosokkan kelmarin elok dia gantung kat bilik tetamu terus lah capai . Takda masa dah nak fikir baju apa yang sesuai. Janji mudah nak bf baby dan serap peluh dah la..

Perjalanan dari opis suami ke rumah 15 minit je kot. Pecut 100 meter lah jawabnya gaya bersiap tu. macam nak gugur jantung pun ada. Peralatan mandi, pakaian anak2, buku anak, bubur baby.. Air minuman.. Hihi sempat lagi campak pakaian dalam mesin basuh ,putar sekali. 

Sampai hospital pukul satu. Ngam-ngam waktu melawat. Lepas pukul dua lah baru dapat makan. Semua makan macam tak jumpa nasik dua hari..kikiki. Lapar wehh, pedih perut!

Sementara tunggu waktu melawat 4.30 kami lepak taman awam je. Maka kami gerak balik pukul 7.30 lepas siap solat kat surau hospital. Syukur sampai rumah dengan selamat
www.tips-fb.com

3 comments:

azni hanafi said...Reply To This Comment

semoga mak mertua cepat sembuh..

Yana Libra said...Reply To This Comment

kelam kabut nye..kalau saya tak tau la camne..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kalut ya LM lagi-lagi semua kita nak uruskan. Saya yang menguruskan suami dan anak dua orang ni pun selalu aje kalut. Semoga takda masalah serius pada mak mertua LM. Harap semuanya baik-baik sahaja dan dia sembuh dari apa jua sakitnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...