Thursday, December 10, 2015

Karipap Pusing Yang Rangup

Assalamualaikum...

Sedapnya karipap pusing. Weee jangan jeles ye!! Berpeluh tau nak buat Karipap Pusing Yang Rangup


Ni percubaan kali kedua LM. Dulu pernah
buat tapi lapisan dia tak letak merekah
ternganga macam bunga kekwa je rupa dia


Yang ni sebelum goreng tadi..


Haaa yang ni dah siap goreng. Syukur dapat jumpa resepi yang menepati piawaian anak tekak. 

LM share resepi google ni ye. 

Doh A
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu shortening
2 sudu marjerin

Doh B
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak(LM panaskan)
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan air(anggaran)

Dia kata doh B tu masukkan dalam doh A. LM keliru juga bab ni sebab tengok lebih kurang je saiz dia. Tapi sebab takmo derhaka, canai la jugak sikit dan sumbat doh yang ada minyak tu dalam doh ada shortening tu. 

Lepas tu canai buat bentuk 4 segi. Lipat ke kanan dan lipat ke kiri bawa ke tengah. Macam orang lipat baju tu la.

Then canai memanjang dan gulung. Potong-potong kecil. LM potong kepada 8 bahagian. 

Inti tu LM guna inti kentang campur daging. Ikut la apa yang korang suka. 

Ini antara step yang paling mudah LM nak hadam. Step yang kena gulung dua kali tu lagi la payah LM nak faham. 

Moga membantu...

Ni kuih kegemaran LM. Rasa tercabar juga dah hujung2 usia masih gagal buat karipap ni. Walau tak lawa mac orang jual kira sedap dah di mata dan tekak LM ni. Save kat entri ni senang LM gali balik sini bila nak buat lagi.. Hihi

Simpan sikit untuk bagi adik ad esok. Nak lawat dia.... Walau jauh dah nak sampai perak berjam perjalanan tetap la gigih lawat dia. Rindu sesangat. Huhu

Mood busy tak pernah surut. Kain hari ni tak lipat pun pagi gara-gara berekperimen buat karipap pusing ni

Baju kakak pun tak packing lagi nak hantar ke kem di sekolah tahfiz tu. dah la jauh, kalau ada yang tinggal memang takda lah nak pusing balik
www.tips-fb.com

1 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

kakak saya pandai buat karipap ni..dia buat sedap..:p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...