Monday, December 14, 2015

Kasut Baru

Assalamualaikum..

Kasut oh kasut.
Semenjak dua menjak ni LM tak buat koleksi kasut. Bahaya sungguh! Dulu kemain lagi suka simpan kasut. Suka tukar-tukar kasut, bila dah ada minat dan hobi lain terus lupa bab hobi buat koleksi kasut dan akhirnya ada sepasang je kasut!

Last beli kasut mesti lah time raya aritu. Ecece cam budak-budak.. Raya je nak kasut baru.. 

Dan sejak tak buat koleksi kasut ni memang pakai kasut sampai lunyai terus buang. 

Nak jadi asbab.. Malang sungguh nasib diri ini. Masa gi Universal Studio kat Singapore hari tu rasa macam stokin basah je. Ingatkan tapak kasut ada koyak ke atau jahitan tertanggal ke.. Rupanya bila sampai je segamat tengok tapaknya tertanggal dibahagian tumit.

Dah la ada satu je kasut. Dengan segan silu la pergi sarapan dengan kasut tumit dah sumbing tu. uhukk

Tak sabar nak beli baru.. Tengah hari tu lelaju ajak suami ke bandar konon nak beli kasut. Tup tup.. Nampak kasut adik depan pintu terus sambar sebab malu la nak jalan pakai kasut sumbing kat tumit tu. 

Malang betul... Rupanya adik pakai saiz 6, kita yang dah debab ni pakai saiz 7. Sakit kaki i keluar masuk kedai kasut tapi takda yang berkenan.

Ada crocodile kata ayahnya macam kasut orang tua je.. Erkk sentap i! Terus tak jadi. Padahal ada pink sket.. Ada merah juga.. Bila dia sebut gitu terus tak jadi. 

Kat segamat mana ada brand best2, maka dengan hampa sambar saja sandle murah 20 hengget untuk alas kaki. Nanti balik sini baru nak cari kata LM. 

Maka...setelah berminggu pakai sandle murah tu ke hulu hilir urus anak ke kem la ke kenduri kawin juga.. Baru lah ada peluang beli kasut...

Sandle murah tu bahaya. Tapak dia takda getah. Bila lalu kat tiles yang ada air atau kat lantai licin memang tergelincir. Dah la kita ni dukung baby, tu yang ngeri tu




Ramainya manusia.. Ramai sangat cina. Nak sambut hari natal la agaknya tu. LM tukang tambah meramaikan lagi..

Tiga kali ronda tak juga jumpa yang sesuai. Macam biasa , kalau berkenan takda saiz pula. 

Disebabkan berat belum menyusut ke angka 51 kg maka wajiblah pilih kasut tapak rata. Tak larat betis i nak tanggung beban ni( LM ada masalah tulang belakang sbb pernah jatuh)Sobss

Kali keempat ronda baru dapat sepasang. Jusco dah nak tutup baru dapat . Tu pun otak duk ligat fikir, nanti nak gi crocs la kot sebab takda yang lawa..kikiki..

Pengajaran untuk diri sendiri, lain kali kena ada dua pasang kasut paling tak pun. Bahaya betul, satu jahanam terus takda kasut! 


www.tips-fb.com

3 comments:

Yana Libra said...Reply To This Comment

susah jugak ye...saya pun ada 1 je sandle..sebelum ni ada wedge, tp sejal ada anak tak berani pakai dah..huhu..rosak dah wedges tu. Skang ni ada satu sandle dengan satu sport shoes bwk g keje je..huhu..nak beli baru tunggu bonus la kot..hehe

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kira ada dua pasang kasut je. pesen tak reti nak berkasut banyak2. jenis pakai kasut sampai lunyai pun ye jugak tu hihihihi

Mummydearie said...Reply To This Comment

Dulu saya pengumpul kasut tapi sekarang ni dah banyak yang berubah sejak kena sakit sendi. Saya dah tak pakai tumit tinggi. Paling-paling pun wedges aje. Kalau sepasang aje kasut yang ada memang parahlah LM bila berlaku kecemasan. Kena main rembat aje mana dapat. Saya ni dalam kereta memang letak kotak kasut. Kira store kasut simpananlah senang cerita!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...