Saturday, December 19, 2015

Kenduri Kahwin

Assalamualaikum...

Hari yang lemau, perasaan kacau bilau, emosi sangat tak menentu. Usah ditanya apa sebabnya, salah satu faktor terbesar pastilah kerana tiadanya kakak sulung dan adik ad. 

Tak sabar nak dakap mereka esok. Tak plan lagi nak bawa juadah apa melawat mereka kat kem tahfiz, memang tak dapat fikir sangat dah..

Syafiq makin ligat, agak stress nak handle dia, kejap gaduh kejap mendengki acha. Dah la baby ariz makin lasak, tak kuat emosi dan tenaga rasa nak urus semuanya.

Pagi ni... Bermalas-malas sampai jam 10 pagi. Dah lewat masih juga bersiap nak keluar walau tau dah entah apa saja yang ada untuk kami bersarapan kat luar tu. baru nak bersihkan sangkar kucing si ayah tanya "nak gi kenduri kawen?"

Erkk angin la juga,dah siap berpakaian dah masalahnya..

"Tadi nape tak cakap?".. Bila dia kata lupa tak mo tanya lebih dah . Terus lelaju masuk rumah tukar baju. 

Tadi cuma pakai tshirt muslimah dan soft jeans. Takkan nak ke sana pakai camtu. Tukar saja lah baju kurung cotton yang dah siap gosok.

Bila dah tukar baju.. Nak masuk kereta,si ayah kata, kenduri kawen tu kat hotel? Ha.. Hotel?

Lantak la labu... Dah la pakai tudung biasa2 je. Handbag untuk lenjan gi sarapan CR warna pink pekat lak tu... Haha tak sempat la nak tukar handbag bagai. Tibai je la. kalau jalan dekat dengan jalan jauh kan pakaian kita lain caranya. Takat dekat yang biasa2 pun takpe. Ke... Ada yang gi pasar borong bawak LV ke prada ke.. Boleh la jugak.. Kalau ada lima ketul LV kan? Uhukk

Bila jalan tak plan ni la jadinya, mujur sempat tukar kasut, kalau tak pakai sandle je la seret kaki kat hotel tu. stokin pun tukar stokin senonoh sikit ... Hihi. Baby ariz tukar baju dalam kereta je , tu pun lepas habiskan semangkuk bubur. 



Sagu hati untuk anak2.. 

Masuk kereta tak sabar2 suruh bukak. Haish anak2 ni.

Plan nak sarapan.. Dapat makan briyani kambing pula, syukur..
www.tips-fb.com

3 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...Reply To This Comment

Macam tu lah LM..
Bila tak dirancang..
Main hentam jer nak cepatkan..
Alamak hotel..
Bertabahlah LM ;)

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

Kat hotel? Macam leceh pula kalau kenduri grand2 macam tu. Hmm.

titan said...Reply To This Comment

dah lama juga tak turun rewang kahwin nih..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...