Wednesday, December 16, 2015

Keropok Perisa Ketam

Assalamuaikum...

Tengah hari walau tak panas sangat tetap anak berdua tu tak tidur. Kejap main kejap bergaduh. Solat pun gaduh berebut nak duduk depan. Yang adik kata kakak perempuan kena duduk belakang, yang kakak kata adik tak reti baca baik duduk belakang je... Haaa gasak la korang. Bergaduh tak pernah habis. (Kakak 7 tahun adik 4 tahun)


Keropok Perisa Ketam


Dah lama beli tapi tak sempat goreng. Ingatkan saiz kecil tapi mak aihh besar sepelempang besarnya. Tau pelempang? Ehehe besar tangan. Goreng sikit je penuh satu besen besar. 

"Besarnya ummi!!!"

Haaaa pakat kagum lak dorang keropok ni besar. 

LM ni beli rajin tapi malas nak goreng. Letih duk tepi kuali dah la panas. Dulu masa ada tukang goreng selalu gak beli tapi kejap je habisnya. Suruh goreng dua tin anak makan tak sampai setin pastu tak nampak bayang. Rupanya si bibik angkut tin bawak masuk bilik. Patutlah masa dia ada rumah ada tikus. 

Selak tepi karpet kat bilik dia penuh taik tikus. Dia duk angkut buah la asam kedondong dgn kuah rojak la letak bawah katil. Mana tak datang tikus! Takat  kopi o tu biasa sangat lah dia simpan dalam almari baju. Haish tak senonoh indon sorang tu dulu. ( eh jauh lak teringat sampai terkenang org yg dh takda)


www.tips-fb.com

2 comments:

Yana Libra said...Reply To This Comment

sedapnye tgkk..pelik je perangai maid tu..huuhu

Diana Rashid said...Reply To This Comment

kopi dalam almari????hahhaha..adoi...kena buat undang2 la jangan bawak masuk makanan dalam bilik lepas ni kalau ada bibik lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...