Saturday, December 19, 2015

Lauk Ikan

Assalamualaikum..

Selera sentiasa berubah-rubah. Kita yang dewasa boleh berubah selera, yang kecik apatah lagi..

Ikan, tak terfikir pun nak bagi baby ariz makan lauk ikan seawal usianya 9 bulan. Takut alergi ke apa sebab dia kan ada eczema, LM plan tunggu setahun baru nak bagi ikan.

TAPI..
Kelmarin ayah dia belikan nasi kerabu untuk sarapan. Tup tup dia asik mengecek nak ikan goreng tu. LM suap sekali nak lagi, last2 dia berdiri tepi LM sampai lah habis seekor ikan tu. Sedap kot? Tu pun tak berani la nak bagi bahagian luar sebab masin kan.. Aduhaii

Maka, kelmarin takda lauk lain, bubur dan ikan saja lah lauk dia. Makan kemain sopan. Duduk diam tunggu sesuap demi sesuap sampai licin mangkuk.

Pagi tadi pun sebelum keluar gigih gorengkan ikan untuk dia dulu. Ikan selar je yang ada stok kat umah ni .. Hujung minggu dah kan..mana nak datang salmon ke apa.. 

Terkejut la ayah dia tengok si anak makan kejap je habis semangkuk. Kemain selera lagi.

Sehari makan bubur tiga kali, tapi jangan tanya kenapa badan dia kenit. Karang tak pasal2 ummi dia sentap tau.. 

Menyusu sejam sekali, susu tak la meriah tapi kalau menyusu kanan kiri tu basah lencun la baju kalau tak tutup dengan kain lampin. Tahap cukup sangat la untuk dia walau tak banyak cam orang lain. Tapi nape tak demok? Sobsss lasak sangat pun ye juga. Dah la takmo tido sangat. 

Lepas ni kena buat stok ikan la pula untuk dia. Ayam memang dia dah takmo dah. Jemu agaknya
www.tips-fb.com

2 comments:

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

tak demok maybe sebab metabolisma dia tinggi kot kak long. nanti kena try bagi budu plak. Gurau je. Hehe

Yana Libra said...Reply To This Comment

anak sy pun kurusss jee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...