Monday, December 14, 2015

Melawat Anak-Anak

Assalamualaikum...

Semalam.. Ahad. Kami melawat lagi anak-anak di kem tahfiz tu. 

Sebenarnya maisarah tertinggal jubah dan baju kurung yang dah siap gosok. Dia hanger kan semua tu dan tup tup tertinggal. 

Maka, gigihla kami kena beli jubah hitam baru untuk dia di pekan tu. dah la pelan tu macam pekan gemas je gayanya. Takda banyak kedai, takda banyak pilihan. Takda saiz.. Haish.

Dapat tiga pasang saja. Sedih sungguh:( 

Dengan berat hati hantar juga dia jumaat. Tu dengan berbekalkan tiga helai abaya tu. pesan berjela suruh basuh takut tak kering. 

Tapi.. Ada masalah baru!
1.tak dibenarkan pakai tshirt walaubtime tidur atau dalam kawasan perempuan. What?? Tshirt biasa lengan panjang pun tak boleh? Yang boleh cuma baju kurung saja dan tshirt muslimah. 

Mana kami tau..masalah nya dah la abaya tu tiga pasang je, takkan itu nk buat tidur itu nak guna basuh baju, itu nak pakai gi belajar.

Bila ustazah buat spot check, dia keluarkan tiga helai shirt tu juga suruh bawa balik. 

Eh tadi dah cakap pakaian tertinggal, kami beli jubah tiga helai tu pun kat pekan situ. Nanti minggu depan kami lawat kami gantilah tshirt tu dengan baju kurung.  Minta izin guna dulu sebab tshirt tu tak ketat dan tak pakai jumpa pelajar lelaki pun.

Dah dua kali cakap masih tak faham. Memang LM dah panas hati. Last-last keluar gak ayat..

"Kan saya kata tadi pakaian dia tertinggal. Yg ada ni tadi kami beli di pekan. Takkan dia nk hidup kat sini dengan tiga abaya makan tido semua dengan abaya tiga helai ni. Mana sempat cuci kering . Takkan nak tido bogel kot? Alangkan pakai tshirt lengan panjang pun tak boleh takkan nk bogel pula(aku buat2 gelak dalam hati yg dah panas). 

Nak minta izin pakai seminggu je pun payah ke? Tak faham orang datang jauh perjalanan dekat tiga jam? Haishh dah geram masa tu. 

Syukur dia kata okey.. 

2. Mereka tido pakai toto. Sebab berurusan dengan maulana dia maka info kena bawa toto tu tak sampai kepada kami. 

Ustazah kata dia handle. Takpe dia uruskan guna toto mereka di sana.

Okey lega...

Tapi.. Gerak hati seorang ibu tak boleh ditolak. Menangis dari jumaat sampai la sabtu duk fikir anak. Dah la tido kat toto, kat lantai yang bersimen takda tiles, takda tikar getah. 

Ta Allah.. Aku hantar anak untuk belajar teknik menghafaz. Kami berhajat sangat anak-anak ada yang hafiz atau hafizah tapi bila dah macam episod bersama mu tido macam tu mau tak rasa pilu?

Langsung tak sama macam kat maahad tahfiz adik ad. Adik ada dapat katil double dacker.. Memang bersih tempatnya dan selesa.  

Tapi maahad kakak ni huhu sadis. Dah la kena tidur di celah2 katil double dacker pelajar sepenuh masa kat situ. 

Kenapa nak marah? Biar lah anak tu tau erti susah!

Dey!!! Anak aku tu ada asma. Time hujan musim tengkujuh ni dah la sejuk. Tido kat bawah takda tikar takda tikar getah. Kalau anak aku sakit camne? Tau tak klinik(pekan) dekat setengah jam dari situ. Ada ke klinik 24 jam kat pekan tu? 

Tapi LM tak kata apa, sebab si ayah yang carikkan tempat tu maulana kat tahfiz adik ad yang tunjuk maahad tu. 

Takda gambar .. Mana boleh snap asrama puteri kan.. So, tak tau sangat daif. Tak tau bilik air kotor, berlumut, pintu berlubang.. 

Dengan berat hati LM tinggalkan kakak jumaat lepas dengan linangan air mata. Tak berani nak nangis depan dia. Dia pun jalan tak toleh lagi ke arah kami.

Pagi sabtu LM bongkar jubah yang besar zaman bambam dulu terus pack untuk hantar kat dia. Tak sangka si ayah rela nak hantar tilam lipat dan pakaian dia semalam.. Syukur alhamdulillah.. Faktor kos minyak, tol dan masa jarak perjalanan yang jauh dah nak sampai perak tu amatlah jadi beban juga sebenarnya. 

Syukur.. Semalam dah selesai semua masalah. Dah bagi tilam jenis lipat kat dia. Dah top up abaya, baju kurung, tshirt muslimah..

Kakak kata dia mandi pakai air kolah tempat cuci baju. Sebab kat bilik air ramai sangat jenuh nak tunggu.lagi pun kotor dan berlumut dia geli nak mandi situ. Dah la pintu berlubang nanti orang nampak katanya.. Hehe

Demi nak suruh dia tuntut ilmu LM tabahkan juga hati ni . Tapi banyak kali juga cakap kat ayah dia. Kalau LM yang urus dan bayar .. Memang LM angkut bawa balik tak rela nak biar anak kat situ.

Bila si ayah tanya kenapa tak ambik je? Dia mana tau daif sangat.. 

LM kata takut dia marah.. Huhu. Tapi memang betul. Kalau lah LM yang urus,90% kebarangkalian nak angkut dia bawa balik tu ada. 

Sebab dah tengok maahad tahfiz adik ad tu bersih tak sangka asrama kakak tua kotor dan daif bilik mandi nya pula. Ni salah pentadbiran. Dah dia tak ajak murid bersihkan mana nak bersih kan? Ye tak?

Rupanya...

Ustazah tu tak bagi kakak toto pun. Bila nak tido kakak tanya fasilitator. Last2 akak fasi suruh dia share toto dengan kawan sama2 kem tu. budak tu bawa toto besar. Nak tak nak terpaksalah kakak menumpang walau budak bambam tu ada sakit kulit kata kakak. Siannya...

Dan.. Seperti yang sangat LM risau. Tido bersejuk atas simen tu dia kena asma. Dah 11 lebih terkebil2 tak boleh tido. Mujur dia bawa inhaler dia.tapi dia ni kalau dah kena memang wajib bawa ambik neb juga ke klinik.

Semalam bawa dia ambik nebulizer dan ambik ubat lagi. 


Lepas ambik kakak terus lawak adik ad... Terkejut la adik ad ummi dia datang. 



Adik ad ceria sangat, banyak perubahan lebih bising bercerita itu ini. Nampak sangat berkeyakinan diri. Dah banyak juga menghafaz.. Alhamdulillah..

Gambar kakak tak dapat nak snap sebab sentiasa je berair mata dia. Stress dengan tempat camtu kot.. Lagi pun tak belajar lagi sebab sabtu ahad cuti. 

Dan lebih stress pelajar sepenuh masa ramai yang macam samseng katanya. 

'Macam duduk sekolah juvana je akak rasa'

Berdegup jantung laju bila dia kata gitu. Time makan kan makan dalam talam. Pelajar kem campur dengan pelajar sepenuh masa. Time nak makan pelajar full time halau suruh makan tempat lain. Kata menyibuk je... Bla bla bla..

Allahu Akbar.. Anak aku baru 12 tahun kot? Besarnya dugaan kamu nak timba ilmu nak? Dua minggu je pun. Tapi macam bertahun ummi rasa.

Banyak lagi yang kakak cerita perilaku pelajar di situ. Memang rasa terkejut juga dan sesuai sangat ayat kakak macam duk sekolah juvana je.. Dah samseng p
Camtu mana tak juvana nya?

Tapi..LM kata kat dia. Kena yakin diri.. Tak semua orang jahat. Ada je yg baik. Memang LM jumpa beberapa orang sangat baik lembut dan baik bahasa sesuai dengan tittle pelajar maahad tahfiz. 

Mana kita pergi ada baik pasti ada juga yang jahat. Kena ingat tu.. LM pesan berjela kat dia agar pandai bawa diri. 

Paling tua dia jumpa umur 30 lebih katanya. Kat situ ada yang belajar kitab juga, tak hairan lah ada yang dah tua dan nak jadi taiko kat situ. Sepatutnya ada adik baru kau jaga dan bimbing macam mana nak jadik hafizah.. Ni kau nak jadik pembuli pula( tak semua ye..) Huhu..

Black list tempat ni.. Tahun depan kena cari tempat baru untuk kakak dan acha. Sebulan nak tinggal anak kena cari yang selesa sikit. Tak semua tempat cantik macam maahad adik ad rupanya. Takpelah... Dah ada pengalaman kenalah jadikan iktibar. 

Gerak balik semalam 3.30 ptg, sampai rumah 7.40 malam. Kalau balik memamg makan masa 4 jam.. Huhu.. Jammed kemain lagi.

www.tips-fb.com

3 comments:

Mila@Rimbun said...Reply To This Comment

alahai.. sedih plak baca. Harapnya kakak tabah demi nak menuntut ilmu.

Kira Sakura said...Reply To This Comment

mujur la ayah rela hantar pakaian lain dengan toto dekat dia. kadang memang takut nak hantar anak maahad pasal ni la kak. ada kawan cite. kalau nak masukkan anak dalam tahfiz better jangan biar dia ber asrama. baik kita hantar pegi balik ambik. tapi dah kalau tifga jam macam mana nya kan huuuu. tapi kalau ikutkan memang pelajar yang lagi bermasalah pelajar dari maahad. bukan semua tapi kerana segelintir tu niat kita yang baik pun kadang tak dapat nak tunaikan hurmm. moga kakak baik2 aje dekat sana. moga kakak kuat

Mummydearie said...Reply To This Comment

Macamana maahad boleh macam tu rupa? Sepatutnya kebersihanlah paling utama. Bukan ke itu pun satu tuntutan agama? Pelik pulak saya baca kisah anak LM ni. Kita hantar anak untuk jadi lebih baik tapi ada lagi yang berlagak taiko kat madrasah macam ni? Macam tak sesuai aje kekdahnya.

Susah hatilah kalau macam ni. Kalau saya memang tak sekuat LM nak menghalang ni semua. Dan-dan tu juga saya bawa anak balik. Tak sanggup saya tinggalkan anak dalam keadaan daif macam tu. Ya, memang nak ajar anak berdikari dan hidup seadanya tapi lain kali, kena cari tempat lainlah nampaknya LM :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...