Friday, December 25, 2015

Mendung-Tak Jadi Nak Basuh Kain

Assalamualaikum

Mendung... Lepas zuhur je mula langit muram. Nak hujan la tu, musim tengkujuh ni jarang sangat panas sampai ke petang. Cuma tahun ni agak panas berbanding tahun-tahun lalu

Balik sarapan pun dah lambat, maka lambat lah menyidai pakaian yang dicuci pagi tadi. Bila cuti aktiviti mengemas jadi slow. Lebih banyak santai lepak je. 

Konon nak kata malas nak masak, tapi bila syafiq (4tahun) merungut lapar nak minta roti bakar campur keju dan coklat gigih la LM masuk dapur juga.

Sambil buat roti bakar untuk dia dan acha jerang la nasi sekali. Konon nanti beli lauk je. Tapi bila tengok ada stok daging dah siap rebus campak je dalam kuali sambal kan terus, sayur kobis masak air.. Siap suda...

Bila jenguk luar mendung semacam terus malas nak cuci baju yang warna gelap. Malam nanti la cuci terus sidai kat bilik tetamu kot. Esok pagi dah nak jalan jauh ambik anak2 di kem tahfiz tu. moga anak2 ummi baik2 saja di sana. Esok kita jumpa. Sian syafiq dah dua malam menangis tengah malam rindukan si abang. Sebulan tidur tanpa abang. Sian dia. Si acha pula dapat jumpa kakak dalam seminggu saja sebelum kakak masuk asrama nanti. Maka.. Lepas ni ada lagi drama air mata kot? 8 tahun dah tidur sendiri agak payah nak latih juga tu.. Mujur bilik sebelah dengan apit dan adik ad. Harap dia boleh tidur sendiri. Amin


www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...