Monday, December 7, 2015

Mungkin Hidung Dia Tersumbat

Assalamualaikum


Bangun pagi ni rasa letih sangat. Tak larat nak goreng mihun yang si kakak dah rendam sebelum tidur malam tadi. 

Baby ariz kerap kejut ummi nak susu. Kejap ek kejap lagi ek lagi. Tapi dia sedut dua kali terus lepas. Seminit lagi mintak lagi.. Tapi tak hisap lama terus takmo. 

Tak sampai sejam mintak susu lagi. Sepanjang malam tidur-tidur ayam. Dah la badan dia dedar sejak kelmarin. Mungkin hidungnya tersumbat sebab tu tak boleh hisap susu sangat kot?

Bila dia main hisap lepas hisap lepas.. Baju ummi lah basah lencun dek susu. 

Hai la anak.. Moga cepat sihat ye sayang. Tiap minggu kena jenguk abang kat madrasah tu maka kenalah sihat nak kena pakai badan yang sihat hadap jem nak ke sana tu. perjalanan dua jam lebih terus jadik 4 jam bila hujan lebat dan jem kereta tak gerak langsung. Kalau tiap minggu camni longlai lah badan:(

Hujung minggu ni daftar kan kakak ke sana untuk pakej dua minggu. Lawat abang.. Maka kena gerak awal pagi lah jawabnya.
www.tips-fb.com

3 comments:

Malinda said...Reply To This Comment

bertabah la dik selalunye baby2 memang camtu..diorang tak reti cakap kalau badan rase tak sedap...moga baby Ariz cepat sembuh...kalau ada peluang time baby tido adik pon tido sekali..tu jelah masa nak ganti balik tido malam yg tak cukup...akak time ada baby pon selalu buat gitu...hehehe

Yana Libra said...Reply To This Comment

kesian baby ariz..moga cepat sihat

Mummydearie said...Reply To This Comment

Ahah, tertinggal kapal terobanglah saya ni! Ke mana si abang tu pulak? Masaklah hai kalau kena hadap jem sampai 4 jam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...