Tuesday, December 15, 2015

Nasi Lemak Serai

Assalamualaikum..

Pagi ni konon macam rajin la sikit. Mood memang ke laut sebab sedih dan rindu dua anak yang besar tu kat kem tahfiz. Tapi tiga anak yang ada depan mata ni perlu jaga juga kebajikannya.

Maka dengan rasa malasnya buat nasik lemak kuning saja hari ni. Tak tau lah apa nama nasik ni tapi pernah makan suami beli sarapan kat gerai tepi jalan.

Nasi lemak kuning guna serai. Bagus sangatlah sebab malas nak ambik daun pandan kat luar.. Ehehe

Nasi lemak masak guna microwave saja sebab nak cepat, sambil tu buat sambal bilis sebelah, dapur satu lagi buat sambal kerang untuk si ayah(LM tak makan sambal kerang). Dapur satu lagi goreng telur mata.

Sambil-sambil sambal masak maraton gosok baju dan seluar kerja si ayah beberapa pasang. Eh.. Tiga empat pasang je rasanya, ehehe. 

Rasa macam tak sempat bernafas, tak sempat siap gosok baby ariz dah bangun. Dia main tepi iron board sementara ummi dia siap menggosok baju. 

Siap si ayah mandi terus mandikan baby pula. Berkejar bancuh air dan hidang makanan, baby ariz duk tengok tv dapatlah ummi menyuap nasi. Ngap-ngap habis makan dia pun datang dapur. Lapar la kot... Banyak juga bubur dia makan pagi ni, alhamdulillah.. Baby ariz suka makan bubur lauk daging. Lauk ayam dia macam kurang suka . 

Ayah gerak ke opis 9 suku terus ummi berkejar cuci baju, lipat baju semalam yang tak sempat siap tu.. Termengah2 rasa nak cepat siap. Huhu.. 

Nota kaki: kalian sarapan apa pagi ni?
www.tips-fb.com

3 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Rin setiap pg bedal neskepe dgn roti bakar...pastu g joging dgn hubs .skang tu rutin pg rin since cuti sekolah ni .hehehehe. Anak2 makan roti..kdg2 tapau nsi lemak..kadang2 bt nasi goreng...

Kira Sakura said...Reply To This Comment

ada anak kecik sorang rasa boleh lagi bernyawa ada anak kecik ramai macam akak huuuu gamaknya surrender kira ni

Mummydearie said...Reply To This Comment

Ingatkan bila anak ramai, lagi lintang-pukang rupa-rupanya bila anak takda lagilah berkejar-kejaran ya, LM. Yalah kalau ada yang besar tu bolehlah juga membantu mana dapatkan.

Saya yang baca pun tumpang semput sama tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...