Tuesday, December 1, 2015

Outing-Bekalan Makanan Untuk Baby 9 Bulan KeAtas

Assalamualaikum..

Alhamdulillah baby ariz dah masuk 9 bulan. Dah lama makan bubur kisar. 

Bila nak keluar benda wajib dibawa adalah makanan dia. 

Disebabkan LM memang amat peka pada pemakanan baby ariz, semuanya homemade tanpa garam gula maka bila nak keluar tu ada sikit rumit lah. Terutama kalau nak out station atau keluar untuk jangka masa panjang.

Bila nak keluar..
1. LM akan pastikan bawa bubur dia. Andai keluar sampai ke lewat petang perlu bawa dua bekas makanan. Kena asingkan agar tak basi.

Letak  dalam termos kecik . Cedok masuk mangkuk pun okey juga.

2.andai kata tak sempat buat bubur, apa nak sumbat mulut baby? Nanti baby lapar asik menyusu/bf sepanjang masa ummi jugak longlai kan?
-carik pisang. Biasanya baby baya baby ariz akan makan tak sampai sebiji pun pisang. 
-kat mana nak carik pisang oi? Dah la dalam perjalanan mungkin pagi mana nak terjah kedai buah pulak?

Haaa jangan panik. Gi saja kedai mamak. Kat kedai mamak wajib ada pisang yang dia letak tiap meja tu. korang beli je la dua tiga biji. Baru dua tiga ringgit kan?

LM macam adik kiera sakura jugak. Bukan jenis gi mekdi bungkus bubur atau kepsi bungkus kentang untuk anak. Mak aiii dah la makanan segera, garam tinggi lak tu. 

Okey.. Tu andai kita balik. Kalau duk hotel? Camne nak buat bubur?

-jangan panik. Korang bawa siap-siap rice cooker kecik dari umah. Beras sikit, kentang saiz kecil anggaran sekali masak.. Dan ikan bilis goreng tanpa minyak yang dah siap kisar. Nnt masak je bubur dalam rice cooker tu potong kentang.. Dah siap masak bubur baru tabur ikan bilis goreng. Selesai...

LM buat gitu masa gi singapore hari tu. sebab kat sana pun memang masak, dan kami sewa apartment yang ada dapur masak la kat dapur. Tapi kalau gi hotel LM masak kat rice cooker je .

Kat sana memasak memang ada stok ayam so kami selang selikan menu ayam dan bilis untuk baby ariz. 

Gi USS tu dari hotel so adalah bubur dan bekal buah pear buat baby Ariz. 

-kalau boleh dalam handbag pun ada bekal buah. Mcm LM haritu dalam handbag ada pear, so sambil tunggu akak abang dia main LM suap pear kat baby. 

Takda pisau? Haipp jgn la susah.. Korang gigit je la. kulit ummi telan, isi untuk baby. Boleh je kan?

Tapi paling mudah pisang la, pear pun kena cari yang tua dan dah masak baru mudah baby nak makan. Cam haritu syukur sangat hotel sediakan pear lembut dua hari berturut-turut. 

Mudah kan? Maka takda alasan untuk para ibu rasa terbeban menyediakan makanan sihat untuk baby andai kata nak keluar jalan. Sambil duduk makan kat kedai boleh suap baby sekali. 

Moga bermanfaat tips mudah ni buat ibu-ibu yang masih blur cara nak handle makanan sihat buat baby anda. Wallahua'lam..

Maassalamah... 
www.tips-fb.com

2 comments:

Malinda said...Reply To This Comment

kalau dah di katakan ibu beranak kecik camni la dik...mcm2 usaha di buat asalkan perut anak tu kenyang sentiasa... :)

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kalau nak anak sihat memanglah kena pantau segala pemakanannya. Lagi-lagi kalau ada anak kecil, lapar dahaga bukan reti nak beritahu. Merengek ajelah minta disuap makan/minum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...