Wednesday, December 16, 2015

Pernah Alami Tak?

Assalamualaikum...

Pernah Alami Tak?
Terutama kaum ibu la..

Bila sakit perut, tahap tak boleh nak tangguh dah, anak pula buat perangai tak boleh kena tinggal. Takkan nk angkut masuk tandas pulak!

Dah la lepas tu kena terus mandi, maka.. Si anak menangis tahap menjerit sekuat hati kat luar bilik mandi tu.

Apa korang rasa?
Macam nak tercabut jantung pun ada tau!

Haish ni pertama kali baby ariz menangis lama sejak lahir 9 bulan lalu. Biasanya dia nangis kejap je terus ambik. Tak pernah bagi dia menangis lama. Tu pun tahap lepaskan 'hajat' dan mandi tanpa sempat bersyampoo bagai tak sempat gosok gigi pun. Dia punya meraung macam takut kan apa ntah.

Dah la si ayah takda, syafiq dan acha pun sama ke masjid. Sungguh la.. Pasni ummi mandi awal supaya baby tak nangis lagi. 

Dulu masa pusat dia tersembul sikit doktor kanak2 kata dia ada angin pasang sikit, lepas 6 bln biasanya baik sendiri. Memang doc tak bagi dia nangis sangat, LM jaga betul la memang ek sikit je terus ambik biasanya. Bila tadi dia meraung rasa macam kami tercampak kat padang sahara. Macam hanya kami je ..rasa sedih sangat( eh anak nangis pun sedih ek?)


www.tips-fb.com

3 comments:

Mila Hilas said...Reply To This Comment

bb laki mmg kena jaga sikit kan ..bahaya angin pasang ni...

Yana Libra said...Reply To This Comment

selalu gak jadi camni..sbb husband slalu balik lmbt..huu

harnanidini said...Reply To This Comment

Selalu sangat,,anak2 tgh membesar,,macam2 ragam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...