Wednesday, December 23, 2015

Resepi Ayam Masak Kicap Ringkas

Assalamualaikum...


Hujan dan panas silih berganti. Kejap keluarkan kain, kejap tarik ampaian. Haishh letih tak terhingga hari ni.

Menu ringkas saja lauk hari ni. Takda gulai-gulai. 

Resepi Ayam Masak Kicap Ringkas


Ringkas...

Bahan-bahan:
-Ayam 7-8 ketul digaul garam dan kunyit.
(Gorengkan)
-5 biji bawang merah*
-2 ulas bawang putih*
-1/2 inci halia*
-4biji cili api*|
-1batang kayu manis
-1pelaga
-3cengkih
-1bunga lawang
-kicap masin 3 sudu besar
-kicap manis 11/2 susu besar
-1/2 sudu kecil asam jawa

1.Tumiskan bahan kisar yang bertanda *.
2.masukkan 4 sekawan kayu manis dan lain2 tu
3.masukkan kicap dan sedikit air.masukkan asam jawa dan ayam. Gaul rata.

Siap untuk dihidangkan. Jika tak suka pedas tak perlu letak cili api. Ikut selera masing2 la.. Ni cara LM. 

Masak kicap ni ada pelbagai cara. Ikut kesukaan masing2. Ada masa LM tak guna kayu manis, ada masa letak santan gaya masakan jawa(semur). Ada masa letak lada hitam. Ni salah satu resepi yang ringkas kalau nak cepat. Selamat mencuba. 


www.tips-fb.com

4 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

yang letak santan tak pernah try lagi..saya buat masak kicap memang wajib la ada lada hitam tu..kalau tak de kurang syok makan nya..hehe

Yana Libra said...Reply To This Comment

ooo...ada letak santan jugak ye

LM said...Reply To This Comment

Yg resepi ni xde santan. Ada santan tu semur

LM said...Reply To This Comment

Betul tu sedap. Bau pun wangi. Tp yg ni utk qila sy x letak pun sbb dia tak suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...