Friday, December 18, 2015

Resepi Kuih Bakar Pandan Berempah

Assalamualaikum

Kuih bakar rempah atau kuih bakar kemboja ada pelbagai resepi dan versi tersendiri. Apa pun .. Ni memang kuih kegemaran LM. 

Zaman dulu kuih ni kalau dalam acuan pecah lapan(kalau tak silap) tu murah je dalam rm2.50. Sekarang ni rm4-5 jugak harganya kan?

LM jumpa resepi ringkas,dah lama sangat salin resepi ni adalah pernah buat sekali dua je dulu. Tadi selak buku resepi terus godak tepung bancuh.. Walau takda acuan kuih bakar daku buat juga guna pemanggang ajaib. 



Macam murtabak dah rupa dia. Nipis.. Nama pun kuali ajaib/pemanggang ajaib. Mana tak nipis..

Kuih bakar jenis ni memang LM suka sebab dia tak keras. Lembut je ala-ala kuih akok tu. 

Bagi yang sekapal suka juga kuih camni meh nak share resepi mudah ni. Lupa sangat la ambik mana resepi google ni sebab main salin je dalam buku resepi

2 cawan tepung gandum
21/4 cwn santan 
1 cwn gula(LM guna 3/4 saja)
Secubit garam(LM tambah
1cawan air pandan
3 telur
2 sudu besar butter yg dicairkan
1 btg kulit kayu manis
1/2 sudu kecil jintan manis

LM kisar je semua dan terus bakar dalam kuali ajaib tu. lupa nak letak bijan sebab budak dua beradik tu dah bergaduh.. 

Nota kaki: eh guna kuali ajaib pun boleh? Haaa bab paling LM suka kejap je kuih ni dah masak. Garing pulak tu. 

Lepas ni boleh buat lagi dan lagi. Tapi tak lawa la bentuk dia sebab leper dan bentuk kuali.(nak bagi orang pun segan kan?) Uhuk.. 

Nota kaki: potong semasa sejuk ye.. Jangan nak komplen salah resepi ke apa nanti kata nape lembik tak boleh potong?






www.tips-fb.com

1 comments:

Kumbang Jingga said...Reply To This Comment

Memang sedap kuih ni..anak suka mkn hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...