Saturday, December 5, 2015

Restoran Takda Pilihan Makanan

Assalamualaikum

Hari ni macam malas nak buat apa je. Perut dah pedih lapar tapi tetap liat nak bersiap untuk keluar sarapan(kami memang sarapan luar tiap sabtu ahad).

Bila dah keluar dalam pukul 10 mulalah otak dah bagi signal nak makan itu la ini la.. Tapi, sejak dari rumah dah terfikir nak makan pancake pisang with nutella kot? Maka terus capai botol nutella yang baru beli semalam. Ops kat sini mana ada orang jual makanan kat thailand tu, maka kena order roti pisang dan tepek sendiri nutella tu. 

Tapi incek Z kata nak cuba makan kat restoran yang agak baru tu. orang kata sedapppp sangat. Ada menu ayam cincang daging cincang ke apa ntah? Tak kena langsung dengan selera den ni ha!

Bila dia dah belok tak la nak kata eh takmo makan sini. Kita masuk ikut je la sebab memang dah nak time lunch pun, macam tak sesuai nak makan roti canai ke apa pun. 

Tanya roti canai sah la takda. Kedai melayu jarang sangat ada roti canai walau kedai kemain besar. Kuih muih memang takda. Yang ada nampak macam donut siap letak dalam piring dah berbalut plastik maybe ada campur kuih lain juga. Tak jenguk pun.

Menu utama nasik kosong dengan lauk ayam cincang atau daging cincang yang katanya akan disiram sos tiga rasa ke masam manis ke camtu lah katanya. Aduhai akak dah cancel la nak order nasik kosong. Terus tak jadik. Bukan selera daku kot?

Ada nasik ayam. Maka ayah dan kakak makan nasik ayam. Si acha menung2 tak tau nak order apa sebab nasik lemak pun takda, mihun jauh sekali.. Si ayah bawa gi gerai tepi jalan beli kuih je untuk dia sebab makcik sorang tu tak berniaga pula nasik lemak:(

Aku nak makan apa???
Atas meja adalah tulis menu singang ikan la, kerabu megi la.. Ya ampun sungguh la kecewa menyesal tak hentak kaki kata takmo masuk sini. Daku tak makan ikan singgang! Memang tak pernah makan pun walau duk ganu lama dulu. Tak kena dengan tekak selatanku ini. 

Dah tu nak makan apa?
Makan hati je la.. Ahaha.. Suap baby ariz makan bubur.. Bertabah la hati. Ada juga restoran yang buat menu tak banyak ek? Kecewa sangat dan tak masuk lagi la dah kedai tu. sampai si acha yang ekcik tu pun menung tak tau nak order apa:(

Pekerja ramai, kedai lawa dah cuma sinki basuh tangan berdaki sangat banding dengan tokey lama. Dulu kedai ni tahap berkilat la jugak sinki dia berbanding sekarang.  Lauk takda beraneka jenis memang orang yang pelbagai selera akan menung je lah kalau masuk situ. 

Balik dari situ incek z suruh singgah kedai A kot la LM nak sarapan makan roti canai. Geleng laju.. Orang lain dah makan takkan nak tunggu kita makan? LM jenis tak makan roti canai bungkus sebab nanti liat tak garing macam makan kat kedai( cerewetnya lahai kan? Ahaha)lagi pun roti canai situ tak sedap pun.. Uhuk

Terus la menuju ke rumah dalam rasa kecewa. Tup tup si ayah tau ummi ni perut dah berdondang sayang dengan sentap tak dapat makan .. Dia belok la kedai S. memula sombong gak kata takmo makan sebab semua dah kenyang. Last-last ayah pimping semua anak bawak lepak situ. Semua pakat geleng takmo order. Ayah je order air.. Ummi makan roti pisang dgn nutella dgn rasa gumbira fefiling ada kat krabi. Ekekeke... Kemain la dorang pakat main game sementara ummi makan. Tengkiu ayah, kalau tak lapar lah perut comey ni. 

Eh tapi masih tak faham kenapa kedai tu tak buat banyak menu? Takda banyak lauk? Kalau dia nak perkenalkan menu kegemaran atau menu ciptaam dia ke apa rasanya perlu la ada lauk simple paling tak pun ayam goreng ke, rendang ayam ke, sayur dua jenis, ada daging sejenis.. Ikan sejenis. Kira okey lagi kot?

Eh LM ni .. Bagi saranan macam lah tokey tu baca ayat merapu kau tu. kalau dia baca silap-silap kena sekeh . Lagi mau komplen ka?

*daku ni tak cerewet sangat pun bab makan, ada nasik.. Ada ayam goreng atau ikan curah kuah gulai atau kari kira okey je. Sayur simple atau ulam dah cukup.

*daku ni memang payah nak pergi kedai tak biasa sebab kes macam ni la. nak makan takda pilihan:(

*daku ni ngeri sikit kalau cuci tangan nampak pulak sinki berdaki sana sini. Nak menyuap terbayang2. Ye.. Sinki tu tempat org cuci tangan, mungkinada kesan minyak atau sambal. Tapi perkataan daki tu merujuk kepada kesan kotor yang tak disental lama ye..uang warna hitam2 tu. Bukan kesan sambal atau minyak.




www.tips-fb.com

3 comments:

Yana Libra said...Reply To This Comment

huhu..boleh thn cerewet jugak, tp baguslah..mesti rumah kemas ..hehe..

LM said...Reply To This Comment

Huhu bab mkn asal ada makanan biasa2 blh je LM telan. Tp bab sinki mmg tak leh kot klu tgk gitu cuci tgn nk mkn pastu ngadap nasik rasa terpandang2 lak kat makanan sendirik. Ngeri..huhu terbayang kat dapur dia camne pulak?

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kalau tengokkan pada kepanjangan entri kali ni, memang nampaklah kekecewaannya, LM!

Ada juga ya kedai yang jual nasi putih tapi tak banyak pilihan lauk-pauknya? Pelik sungguh! Tapi LM, saya rasa semua orang sekarang memang kalau nak makan kuih, buat sendiri kat rumahlah. Googlekan ada, google ajelah resepi. Bab-bab cari kuih di kedai ni memang sangat jarang mendapatnya. Saya kalau bersarapan makanan Melayu, teringin kadang-kadang nak makan kuih itu ini tapi nan adonya. Jenis pulak pemalas nak buat kuih kat rumah. Memang nasiblahkan, tak payah nak menyesali takdir ke apa. Keh3x.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...