Monday, December 21, 2015

Rindu Sangat Agaknya..

Assalamualaikum

Letih yang teramat berulang melawat anak2 di kem tahfiz semalam belum hilang lagi. Keluar pagi, maghrib baru sampai rumah... Hanya tuhan saja yang tau longlainya badan. Ditambah pula dengan baby ariz yang tak tau diam dalam kereta, lagi lah bertambah letih.

Kami singgah sarapan di kuala selangor pagi semalam, sampai pun agak awal 11 suku dah terpacak di depan dorm kakak sulung. Dia masih mandi masa tu.. Terjerit2 lah kawannya panggil dia. Tiap pagi ahad ada aktiviti pembersihan kawasan asrama, tu yang pukul 11 baru nak mandi tu..

11.35 gerak ke tahfiz adik ad pula. Dia dah siap sedia tunggu kami. Tau2 saja bila ummi ayah akan sampai. Beberapa saat parking depan dorm dah nampak dia senyum meleret melangkah ke arah kereta. 

Terus bawa mereka makan.. Macam biasa, telan saja lah apa yang ada. Tak selera sangat pun makan. Lepas makan ayah belikan anak2 coconut shake, dah tiga minggu adik ad mintak asik tutup je kedai tu. Dah siap beli terus bawa anak-anak ke masjid, jamulah selera kat sana sementara tunggu azan zuhur. 

Kek red velvet yang dibeli semalam,agar2 kristal dan roti  sardin yang ummi buat sedap sungguh ditekak anak2. Suka tengok mereka makan, alhamdulillah. 

Tapi... Pertemuan singkat tak mampu meleraikan kecamuknya rasa rindu. Tengah-tengah malam pintu diketuk bertalu2. Kuat betul suara tangis apit(4tahun) . Menangis katanya rindukan si abang. Sejak si abang takda tiga minggu ni dia tumpang tidur di bilik kakak2. Bila kakak sulung pun ke kem tahfiz dia tido berdua saja dengan acha(7tahun) . Biasanya okey je.. Tapi tengah malam tadi dah tak tahan sangat hati dia agaknya..menangis jugak rindukan si abang😥

Maka.. Menumpanglah tido kat bilik ummi malam tadi. Bila tengah malam datang bertandang kat bilik ummi, si baby ariz lah paling hepi. Kejap turun katil, kejap nak naik atas katil. Mula buat perangai takmo tido. 

Bila semua kena hukum jangan bersuara baru baby dapat tido semula. Si acha mi kuat bercakap.. Dia bukak je mulut terus kena marah. Hihi.. 

Mata dah mengantuk tahap tak boleh buka dah.. Tapi anak masih ligat, memang la hati panas rasa nak marah. Letih... Perjalanan yang jauh pergi balik hari memang tak mampu nak ditanggung dek badan. Bila balik rumah duk fikir tilam dan bantal saja.. Tak mo fikir benda lain dah. Takda hati nak tengok tv ke apa.. Padahal si ayah sempat lain gi main badminton. LM siap sidai baju terus landing atas katil. 

Hari ni rasa tak larat sangat, mujur lah si apit minta bubur ayam untuk lunch. Mudah la sikit.. Main campak2 je. Maka.. Petang la baru masak lauk.. Hihi rest dulu sambil lipat baju. 

www.tips-fb.com

2 comments:

Yana Libra said...Reply To This Comment

penatnyee..huhu..sabarlah ye

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Nampak kan itulah darah daging. Kerinduan terasa bila berjauhan walau sebenarnya belum lama mana. Kelak kalau abang dan kakak kena terus duduk asrama nampak gaya umi dgn abah lagilah longlai letih diperjalnan hanyak kerana nak hilangkan rindu adik yg kena tinggal..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...