Friday, December 4, 2015

Rindu Yang Teramat Mendalam

Salam jumaat buat semua..

Dah lima malam dia tidur di asrama. Dah lima malam berpisah dengan dia. Rindu makin mendalam, hanya air mata yang mampu merembes keluar, takda siapa faham hati pedih seorang ummi yang merindui anaknya. 

Allahu Akbar..hanya pada Allah mampu aku memohon dia baik-baik saja di sana

Dah dua malam aku mimpi menangis semahu mahunya. Bukan tidur dalam mimpi, tapi sedar dari tidur teringat bahawa tadi mimpi menangis hati teramat sedih menangis tak henti-henti dalam mimpi tu.

Tiada suara, tiada khabar berita darinya. Moga baik-baik saja kamu di sana anakku. 

Dia kami hantar ke madrasah tahfiz. Kem anak soleh yang mendidik agar menjadi remaja soleh yang juga membina jati diri,melatih menghafaz untuk menuju cara menghafaz al quran dengan vaik dan mudah, melatih diri agar berani dan petah berpidato. Sebulan tu tak lama kata si ayah tapi buat hati seorang ummi, semalam saja dia tiada di depan mata dah buat ummi ternampak-nampak kelibat dia. Seminggu yang penuh derita menahan rindu. 

Moga kesakitan rindu kita semua ni adik ad dapat gantikan dengan menggali sebanyak mungkin ilmu di sana. 

InsyaAllah lagi dua minggu kakak pula akan pergi ke sana. Lagi lah ummi jadi sasau dua anak takda depan mata. Moga pengorbanan masa, rindu,wang ringgit dan pelbagai dugaan ini akan membuahkan satu hasil yang lumayan suatu masa nanti buat kita semua wahai anak-anakku. Takka lain yang ummi harap, cuma berharap sangat ada antara kalian yang jadi hafiz arau hafizah suatu hari nanti. Manfaatkan ilmu yang ditabur di sana. Simpan agar ia menjadi panduan di masa hadapan... InsyaAllah..

Tak sabar nak jenguk dia ahad ni😂


Ada yang bertanya.. Tak bawa anak2 bercuti ke? Siannye hantar sebulan ke sek tahfiz anak tak dapat bercuti.

Jawapan:alhamdulillah kami dah bawa mereke ke singapore hampir seminggu makan angin sebelum hantar mereka belajar ke sekolah tahfiz. Mereka dah dapat habuan dah.. Jangan risau, kami akan cuba bagi yg terbaik untuk anak2 selagi ianya sesuatu yang terbaik pada pendapat kami

Nota kaki 1: kat kem tu memang tak boleh bawa sebarang game, handphone dll sebab tu dia tak call atau sms ummi. 

Nota kaki 2: program cuti sekolah... Apa saja yang kita hamparkan buat anak-anak syurga kita moga ianya bermanfaat , wallahua'lam. 
www.tips-fb.com

4 comments:

Malinda said...Reply To This Comment

lama jugak sebulan tu LM...baru2 ni memang le sedih asyik teringat je...nanti2 hilang la perasaan sedih tu...lagi pon dia ke sana menuntut ilmu Allah...sabar ye

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Saya tak tahula bila sampai masa saya rasa macam mana.. tp kalau kakak2 saya, memang biasa tinggalkan anak di sekolah pondok kat kelantan tu bila musim cuti hujung tahun mcm ni. Tahun ni pun ada, akak saya kat sini, poskan anak dgn flight je, insyaAllah esok pagi paksunya akn htr ke sekolah pondok tu.. sedih sayu rindu kalau saya rasanya.. macam ada hal kecemasan yg saya balik sendiri pun dah terasa rindu sgt wwlaupun cuma 2 atau 1 malam.. moga anak LM elok2 je kat sana... insyaAllah utk kebaikan dan manfaatnya banyak

Pia said...Reply To This Comment

"lamanya sebulan tu..syukur lah dia mau pergi..ank akk penah pegi kem mcm ni pon paling lama 2 minggu ja..."

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kalau sayalah LM lagilah tak tabah. Sejam takda depan mata pun saya dah tak tentu arah. Saya ni kalau bekerja, dari pagi sampai habis waktu kerja teringatkan anak. Itu yang kejap-kejap telefon bila tau dia dah balik. Nak sangat dengar suara anak-anak. Tapi bila dah ada di rumah, tak tahan pulak nak marah bila mereka memekak tak tentu pasal. Pelik betullah perangai!

Semoga apa yang LM buat akan menerima balasan yang baik pada masa akan datang. Anak kita, kita tahulah apa yang terbaik yang perlu dilakukan demi masa depan mereka!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...