Saturday, December 12, 2015

Selamat Hari Lahir Bonda

Assalamualaikum.

Semalam..11 Dec, tarikh keramat kelahiran bonda tersayang. 

Selamat hari lahir yang ke 56 bonda. Moga sihat selalu dan dilindungi Allah sentiasa.

*Gambar tuan tanah dan bonda tersayang



Disebabkan 'mood busy' masih tak habis lagi. Maka tak dapatlah kami pulang meraikan hari lahir bonda. 

Hanya sempat kirimkan kek coklat lembab dan kek butter saja buat ayah bonda di sana. 



Terima kasih buat adinda yang susah payah meredah jem ke sini ambik kek tu. 

Tu pun gantung je kek tersebut kat pagar kecil sebab masa adik sampai kami dah gerak nak hantar kakak ke madrasah tahfiz untuk kem dan nak lawat adik ad di sana. Perjalanan jauh dua jam lebih tak dapat la nak gerak lambat... 

Berdebar juga hati tinggalkan kek tu kat pagar. Mana tau kot orang bak khianat dia jatuhkan ke.. Atau campak ke.. Walau gantung kat sebelah dalam tetap susah hati. 

Tiga bekas agak berat juga. Risau je plastik tu koyak. Last2 letak dua plastik.. Pesan berjela kat adik suruh hati2 ambik kek tu sebab berat takut terlepas atau meleleh coklatnya.hihi

Nota kaki: mood letih, sakit badan.. Takda perasaan nak masak pun. Rasa nak tidur merehatkan diri. Huhu. Semalam sampai hampir isya' dengan hujan lebatnya. Jalan balik tak la jammed sangat, tapi ke arah perak sana mak aii jammed tahap tak gerak keretanya. 


www.tips-fb.com

2 comments:

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

Apa khabar kaklong. Lama tak jenguk. Busy. Hehe.. Bonda kaklong nampak muda lagi tu. Happy birthday to her.

Yana Libra said...Reply To This Comment

rajinnye tuan tanah buat kek...cantiklah akak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...