Thursday, December 17, 2015

Tak Elok Sidai Baju Dalam Rumah!

Assalamualaikum..


Tak Elok Sidai Baju Dalam Rumah!

Pernah baca pesanan ni?
Sebelum musim tengkujuh lagi kat fb dan merata blog dah ada cerita ni. Ye.. Tak elok. LM pun tau, selain soal kelembapan tu cecair pelembut juga tak baik dihidu katanya.. 

Tadi kak linda pun komen kata tak baik untuk menghidap asma juga

  1. Sebenarnye sidai baju dalam rumah sangat tak elok utk yg mengidap penyakit berkaitan dgn penapasan cam asma@semput...sebab udara sekitar akan jadi lembab...tapi ape bole buat akak pon selalu je sidai baju dalam rumah time camni dik...walau pon akak sendiri ada penyakit semput :(

  1. Tapi macam LM yang ada ramai anak,kain banyak ..kami bertujuh ,memang la takda pilihan lain.Mujur cuci baju pakai mesin, boleh spin kan? Takda lah lama sangat kain tu nak kering. 
Maka, sebab LM ni 'pantang' sangat takmo hantar baju ke dobi untuk dikeringkan sebab sayang baju takut kecut, luntur dan rosak(dulu kat obersi pun tak pakai..sila baca entri yg lepas2), maka takda pilihan lain lah, kena sidai gak dalam rumah, TAPI..

TAPI apa?

LM sidai di bilik yang takda penghuni. Bilik LM sah la tak boleh kan..bilik anak perempuan lagi lah tak boleh sebab si kakak asma dan bilik adik ad dan syafiq pun LM tak guna untuk keringkan baju. Si kakak sulung ada asma, kalau sidai situ maksudnya LM sengaja ancam nyawa anak-anak. 

Maka... Bilik tetamu dan bilik solat lah jadi mangsa. Memang berhayut lah hanger kat tingkap tu. dari atas ke bawah penuh kat grill tu. dapat pulak grill jenis petak, hepi lah ahkak.. Haha. Gill depan jenis kerawang tak leh sidai baju. Ops takkan nak sidai kat hall pulak kan..

Maka.. Pasang lah kipas biar cepat kering. Bilik solat tu jarang sangat guna kalau siang, biasanya kami solat dalam bilik sendiri je. 

Kalau malam, haaa LM siap sidai kat hall kedua lagi, sebab takda orang pun kat situ. Sebelum tido gigih agih kain ke sana ke sini dengan harapan esok pagi kering!

Mak mak ni kalau kain tak kering umpama makan tak kenyang tau! Haha takut baju berbau tu yang nak cepat kering tu. tak kisah la pakai sabun mahal ke.. Teknologi jepun ke nano ke apa ke.. Tapi kalau dah berhari basah lembap tak kering pasti bau dia kurang enak. 

Pesanan kak linda tadi tu memang buat LM angguk lelaju sebab si kakak ni tak boleh silap sikit. Sebab tu tujuan ambik orang bersihkan rumah, selain nak suruh gilap apa yang tak mampu dibuat sendiri turut bertujuan nak suruh pastikan bilik si kakak sulung tu suci dari debu. Takmo dia kena asma. 

Dalam nak keringkan kain kita kena lebih peka.. Kalau time siang boleh je letak baju tu dalam bilik, nak tidur kita alihkan saja kat hall ke atau mana saja. Boleh je kan? 

Jangan la kata.. Eh bilik kami ada tiga je! Eh kami ada dua bilik je. Mana nak letak? 

Letak kat hall dulu, kat rail langsir luar bilik ke, masa kita nak tidur. Itu lebih baik kan? Bahaya dan kesannya tu bukan dalam masa pendek boleh kita nampak, tapi jangka masa panjang. Baik beringat bak kata orang tua tua.. Ye tak?








www.tips-fb.com

5 comments:

Yana Libra said...Reply To This Comment

tu la..pernah baca gak..

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Blm pernah lg sidai kain dlm rumah...hubs xbg..tp rin br tahu xelok utk pesakit asma

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...Reply To This Comment

Pernah baca ni kat FB..
Tapi tu lah sekarang musim hujan..
Hendak tak hendak kena juga sidai dalam rumah..
Tak pun akak akan perdi dryer kat dobi kejap..
Tu lah jalan terakhir..

Suria Lekatlekit said...Reply To This Comment

macam rumah saya memang tak ada pilihan.. memang ampai yang tersedia dalam sudut tepi yang bbergrill.. tapi memang tak ada panas.. kering dengan angin jer.. Kalau tak jemur dalam rumah.. memang tak ada tempat lain jemur baju

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Kakak ni pun sama juga sekarang ni memang dah terpaksa sidai yg belum kering dlm bilik. Tapi cuma nasib baiknya tak ada yg ada masalah pernafasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...