Friday, December 18, 2015

Tak Masak Lagi...

Assalamualaikum...

Ahaaa.. Memang perkara biasa kami makan juadah sarapan sampai ke lunch menu yang sama. Bertiga saja maka tak kisah sangat. 

Tapi LM lupa hari ni jumaat. Tup tup 12.30 suami terpacak depan pintu. Erkkk 😧

Biasanya bagi dia makan dulu sebelum dia ke masjid solat jumaat. Terus terang je lah kata tak masak lagi. Uhukk

Terus capai periuk masak nasik. Defrost kan ayam dan keluarkan kelapa parut. Sayur apa pun takda dalam fridge. Lelaju sumbat baby dalam buai tidurkan dia.

Maka.. Gulai cili api saja ayam dengan kentang, goreng ayam(garam, kunyit dan serbuk kari), sambal belacan dan ulam raja


Amaran: jangan tegur kentang ku salah dipotong. 

LM potong gitu sebab nak cepat empuk. Ye.. Salah cara potong tu. takpelah takda siapa nak bagi markah pun, umah sendirik. Hihi..

1.30  tengah hari siap hidang.. Fuhhhh lega. Takpe la ... Petang tak yah masak lagi..

Rasa nak tercopot jantung ku tau! Camne boleh lupa hari ni jumaat? 


www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...