Thursday, December 10, 2015

Tak Sabar

Assalamualaikum...

Tak sabar rasa hati nak jumpa hero tersayang esok!

Yeayy setelah dua minggu dia di kem cuti sekolah dia sekolah tahfiz tu minggu ni dapat cuti dua hari. Gembiranya hati ummi!!

Tapi.. Kena siapkan minda juga. Kena tabahkan hati kuat-kuat sebab ahad nanti bukan hantar adik saja, malah kami hantar kakak sekali yang join kem dua minggu saja. Kakak sibuk interview sekolah menengah hari tu tak dapatlah join kem selama sebulan.

Dua anak takda depan mata. Tabah ke ummi nak hadapinya? Moga Allah lindungi mereka. Mereka bukan ke mana-mana... Menimba ilmu Allah, belajar teknik menghafaz Quran dan jati diri. Belajar berdikari dan mencari jalan menjadi anak soleh/solehah.


Takmo fikr detik perpisahan, nak fikir pasal pertemuan dengan insan yang dirindu dulu.. Ahad nanti baru hadap dengan tabah perpisahan sementara tu..huhu.


www.tips-fb.com

2 comments:

Lea Ismail said...Reply To This Comment

Berpisah walaupun sekejap air mata tetap mengalir

LM said...Reply To This Comment

Betul tu. sebulan yg menyesakkan dada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...